Pesawat J-16 China Bawa “PL-17”, Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Dengan Jarak 400Km

“Dengan jarak sejauh 400km, peluru berpandu udara-ke-udara PL-17 adalah peluru berpandu udara-ke-udara paling jauh di dunia ketika ini, jauh lebih daripada apa yang diketahui dimiliki oleh Amerika Syarikat dan negara lain pada ketika ini.” -- pemerhati tentera China

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, gambar-gambar menunjukkan pesawat pejuang J-16 Tentera Udara China telah dilihat membawa peluru berpandu udara-ke-udara “PL-17” yang dikatakan adalah peluru berpandu udara-ke-udara paling jauh dimilikinya dengan radius operasi mencecah sejauh 400km.

Gambar-gambar yang tersebar dalam media sosial membincangkan hal-ehwal pertahanan China beberapa hari lepas telah mengesahkan kewujudan peluru berpandu udara-ke-udara “PL-17”, yang sebelum ini hanya menjadi bahan spekulasi dikalangan pemerhati tentera antarabangsa.

Gambar terbabit menunjukkan empat buah pesawat pejuang J-16 Tentera Udara China dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara pelbagai konfigurasi daripada empat buah PL-10, sebuah PL-12, empat buah PL-15 dan sebuah PL-17.

Ia adalah varian peluru berpandu udara-ke-udara untuk pertempuran jarak dekat, jarak sederhana dan jarak paling jauh.

Gambar oleh Zhao Yutong tersebut dikatakan diambil pada 25 Nov lalu ketika pesawat-pesawat pejuang itu sedang melakukan penerbangan formasi dalam satu latihan kombat.

(via Twitter)

 

“Dengan jarak sejauh 400km, peluru berpandu udara-ke-udara PL-17 adalah peluru berpandu udara-ke-udara paling jauh di dunia ketika ini, jauh lebih daripada apa yang diketahui dimiliki oleh Amerika Syarikat dan negara lain pada ketika ini.”

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh seperti “PL-17” beroperasi dengan bantuan pesawat amaran awal bagi tujuan penjejakan sasaran.

Pada ketika ini, peluru berpandu udara-ke-udara paling jauh dimiliki oleh China adalah “PL-15” yang berkemampuan menembedil sasaran udara sejauh 300km.

Dengan 300km, pengoperasian peluru berpandu udara-ke-udara “PL-15” telah pun menggusarkan Amerika Syarikat yang berusaha membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara “AIM-260” pada 2017 untuk bersaing.

Jikalau kewujudan “PL-15” dengan radius operasi 300km itu telah mewujudkan kegusaran pada Amerika Syarikat, bayangkan kewujudan peluru berpandu udara-ke-udara “PL-17” yang mampu membedil sasaran udara pada jarak 400km.

(via Twitter)

 

Ia sudah semestinya akan menyebabkan Washington membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara dengan radius operasi yang lebih jauh.

Media-media China menyatakan bahawa peluru berpandu udara-ke-udara “PL-17” mula dioperasikan oleh Tentera Udara China pada tahun lepas.

Sasaran utama peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh  (Beyond Visual Range) seperti “PL-17” adalah aset-aset pesawat amaran awal (AEWC) dan pesawat pengisi minyak yang penting bagi memastikan kelicinan operasi udara.

Tanpa pesawat-pesawat AEWC (Aircraft Early Warning Control) dan pengisi minyak, ia akan hanya  membataskan operasi udara sesebuah pasukan tentera udara dan mengurangkan ancamannnya. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ChinafeaturedJ-16Peluru berpanduPL-17