Syarikat China, CSOC Intai Peluang Bekal LMS Batch II, MRSS Pada TLDM

Di atas rekod baik dalam menyiapkan empat buah kapal LMS TLDM, syarikat China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) kini bercita-cita untuk cuba menarik minat Kementerian Pertahanan dan TLDM dalam program pembinaan kapal LMS Batch Kedua dan Multi Role Support Ship (MRSS).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas membekalkan empat buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) kelas-Keris kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), syarikat pembuat kapal China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) turut melihat peluang untuk memperolehi lebih banyak peluang di Malaysia.

Keempat-empat kapal LMS kelas-Keris itu yang diperolehi lebih daripada RM1 bilion– KD Keris, KD Sundang, KD Badik dan KD Rencong telah siap di dalam tempoh yang ditetapkan dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM.

Di atas rekod baiknya itu, syarikat CSOC daripada China itu kini bercita-cita pula untuk cuba menarik minat Kementerian Pertahanan dan TLDM untuk turut serta di dalam program pembinaan kapal LMS Batch Kedua pula dan Multi Role Support Ship (MRSS).

Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh CSOC.

 

Panglima TLDM mengesahkan bahawa angkatan itu sedang merancang untuk memperolehi tiga buah kapal LMS Batch Kedua pada tahun ini, bagi memperkuatkan lagi kemampuan kapal-kapal LMS-nya.

Secara keseluruhannya, TLDM merancang untuk memperolehi lapan buah kapal LMS Batch Kedua dimana perolehannya akan dibuat secara berperingkat meliputi beberapa Rancangan Malaysia.

Selain LMS Batch Kedua, syarikat CSOC yang bekerjasama dengan syarikat tempatan, Boustead Naval Shipbuilding dalam pembikinan empat buah kapal LMS kelas-Keris itu turut berminat untuk membekalkan kapal Multi Role Support Ship (MRSS).

TLDM mempunyai keperluan untuk memiliki sehingga tiga buah kapal MRSS dalam jangka masa dekat dan sederhana.

Kapal LMS ketiga TLDM dinamakan “Badik.” (gambar kredit TLDM)

 

Beberapa buah syarikat asing telah pun menyatakan dengan jelas tentang minat mereka untuk terlibat dalam tender untuk membekalkan kapal MRSS kepada TLDM sekiranya tender itu diiklankan dalam jangka masa terdekat ini.

Antara syarikat-syarikat perkapalan asing yang berminat (sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia)  beberapa hari lepas adalah Damen Schelde, Hyundai Heavy Industry, Mitsui, STM dan Tais daripada Turki dan PT PAL antaranya.

Ok apa yang ditawarkan oleh CSOC bagi program perolehan kapal MRSS.

Kapal MRSS HDL-13000 yang dicadangkan oleh Hyundai Heavy Industries kepada TLDM.

 

Kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat China itu kepada TLDM adalah sebuah kapal yang direkabentuk seperti kapal Landing Helikopter Dock (LHD) yang berkemampuan membawa sehingga satu battalion tentera marin.

Ia mempunyai berat di antara 15,000 tan hingga 20,000 tan dengan kemampuan untuk menempatkan sehingga lapan buah helikopter di atas deknya (kombinasi helikopter saiz kecil dan sederhana).

Ia juga berkeupayaan membawa kereta kebal (main battle tanks) serta kenderaan perisai amfibia.

Kapal MRSS oleh Damen

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Memandangkan kos sentiasa menjadi faktor utama dalam segala pertimbangan Kementerian Pertahanan, maka apa yang pasti adalah CSOC menawarkan kos pembelian yang paling kompetitif serta rekod cemerlang menyiapkan empat kapal LMS kelas-Keris dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam kontrak.

Ditambah pula hubungan baik antara Menteri Pertahanan dengan rakan sejawatannya di China, maka jangan terperanjat sekiranya perolehan kapal LMS Batch Kedua dan MRSS juga “disapu” oleh syarikat CSOC.

Dalam keadaan keadaan kewangan negara yang amat tertekan,  perolehan yang kos kompetitif adalah pertimbangan yang penting bagi Kementerian Pertahanan. — DSA

 

CSOCfeaturedLMSMRSSTLDM
Comments (0)
Add Comment