Challenger 3, Kereta Kebal Tercanggih Pernah Dioperasi Tentera Darat British

Kereta kebal utama Challenger 3 itu menampilkan kemajuan teknologi berbanding kereta kebal sebelum ini, Challenger 2 daripada segi kuasa tembakannya, ketahanannya, mobiliti dan keseluruhan prestasi kombatnya.
(DEEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kalinya, tentera darat British dan Rheinmetall BAE Systems Land (RBSL) telah mempamerkan kepada awam kereta kebal utama terbarunya, Challenger 3 yang didakwa mereka sebagai kereta kebal tercanggih pernah dioperasikannya.
Kereta kebal Challenger 3 seberat 66 tan dan mampu bergerak selaju 96km itu dipamerkan kepada awam pada satu pameran pertahanan di Britain baru-baru ini.
Kereta kebal utama Challenger 3 itu dibina di kemudahan RBSL di United Kingdom dan direkabentuk dengan teknologi moden bagi memastikan keberkesanan operasinya serta keselamatan dan keselesaan krewnya.
Pembangunan kereta kebal utama itu dilakukan dengan kerjasama di antara tentera darat British dan RBSL.
Sebanyak 148 buah kereta kebal utama Challenger 3 akan dibina, dengan dua buah kereta kebal prototaip sudah pun dibina di kilangnya di Telford manakala enam buah sedang menjalani kerja-kerja pembinaan.

Menurut RBSL, kereta kebal utama Challenger 3 menunjukkan kecanggihan rekabentuk kereta kebal utama di dalam NATO.
Kereta kebal utama Challenger 3 itu menampilkan kemajuan teknologi berbanding kereta kebal sebelum ini, Challenger 2 daripada segi kuasa tembakannya, ketahanannya, mobiliti dan keseluruhan prestasi kombatnya.
Diantara peningkatan yang paling ketara pada kereta kebal utama Challenger 3 adalah sistem persenjataannya dimana kereta kebal utama terbaru itu dilengkapi dengan meriam smoothbore 120mm L55A1 yang selari (compatible) dengan peluru-peluru standard NATO, selain mengeksploit daripada kemajuan dalam kuasa tembakan.
Kereta kebal utama Challenger 2 menggunakan meriam rifled 120mm L30A1 yang tepat tetapi tidak selari (compatible) peluru-peluru meriam smoothbore digunakan oleh NATO.
Meriam smoothbore baru yang digunakan oleh kereta kebal utama Challenger 3 itu menggunakan peluru tenaga kinetik dan peluru diprogramkan (programmable) yang meningkatkan lagi keberkesanannya ketika di medan peperangan.

Ia menjadikan kereta kebal utama yang baru itu lebih versatil dalam menangani sasaran-sasaran armor dan bukan armor.
Kereta kebal Challenger 3 menggunakan sistem armor modular generasi masa depan yang telah dibangunkan oleh Defence Science and Technology Laboratory (DSTL) dan RBSL.
Armor baru itu menggunakan bahan-bahan berteknologi tinggu dan komponen modular yang membenarkan pembaikan dan peningkatan dengan cepat, selain memberikan ketahanan yang lebih daripada ancaman-ancaman masa kini seperti peluru Armor-Piercing Fin-Stabilized Discarding Sabot (APFSDS) dan Improvised Explosive Devices (IEDs).
Penganalisis mengatakan bahawa armor yang digunakan kereta kebal Challenger 3 adalah jauh lebih baik berbanding armor digunakan oleh kereta kebal Challenger 2.
Satu lagi peningkatan yang didapati pada kereta kebal Challenger 3 adalah kemampuan sistem kesedaran situasi (situationa awareness) dan perolehan sasaran (target acquisition).

Walaupun kereta kebal utama Challeger 2 dilengkapi dengan sistem penglihatan (sighting system) yang moden tetapi kereta kebal utama Challenger 3 menampilkan arkitektur digital (digital architecture) dengan jaringan network digital bagi membolehkan ia berkongsi data dengan tepat dan pantas dengan aset-aset di medan yang lain.
Berbanding dengan kereta kebal Challenger 2, kereta kebal Challenger 3 ini adalah lebih berkesan dalam aspek pengesanan sasaran dan pertempuran.
Selain itu, kereta kebal Challenger 3 juga akan dilengkapi dengan enjin dan sistem suspension yang lebih berkuasa. — DSA

 

BritishChallenger 3featuredKereta Kebal
Comments (1)
Add Comment