CEO Turkish Aerospace Industries (TAI) Jumpa PM, Persaingan Sengit

Delegasi Turki itu telah menyerahkan beberapa model pesawat kepada Perdana Menteri, termasuklah model helikopter penyerang T-129 “ATAK”, helikopter utiliti “GOKBEY”, sistem UAS-MALE “Anka” , pesawat FLIT/LCA “Hurjet”, pesawat basic trainer “Hurkus” dan pesawat pejuang generasi ke-lima“TF-X.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam masa beberapa minggu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Prof Temel Kotil telah dua kali mengunjungi Malaysia berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara ini.

Dalam kunjungan kedua beliau ke Malaysia semalam, Kotil telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan admin hampir pasti sudah tentu perkara tentang tawaran penjualan beberapa sistem persenjataan Turki kepada Malaysia ada dibincangkan.

Kunjungan hormat beliau terhadap Perdana Menteri itu turut diiringi oleh Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci dan Ketua Pegawai Eksekutif MKEK Yasin Akdere, yang merupakan antara syarikat pertahanan terbesar Turki.

Apa yang menarik adalah gambar-gambar pertemuan itu, kerana delegasi Turki itu telah menyerahkan beberapa model pesawat kepada Perdana Menteri, termasuklah model helikopter penyerang T-129 “ATAK”, helikopter utiliti “GOKBEY”, sistem UAS-MALE “Anka” , pesawat FLIT/LCA “Hurjet”, pesawat basic trainer “Hurkus” dan pesawat pejuang generasi ke-lima“TF-X.”

Ok mengenai MKEK itu pula, ia adalah pakar dalam pembuatan sistem artillery untuk angkatan tentera Turki termasuk sama ada propelled atau self-propelled howitzer. Ada sistem artilleri keluaran syarikat MKEK yang menarik minat Tentera Darat Malaysia? Ehem, ehem.

Model-model T-129 ATAK, TAI Anka, TF-X dan Hurjet di pejabat PM.

 

Lawatan sebanyak dua kali Kotil ke Malaysia itu amat menarik kerana ia berlaku ketika TAI sedang dalam persaingan dalam beberapa tender Kementerian Pertahanan seperti pesawat Fighter Lead-In Trainer/LCA (FLIT/LCA) serta Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE).

Kementerian Pertahanan mengumumkan pemenang untuk kedua-dua tender itu tidak lama lagi.

Untuk tender FLIT/LCA itu, TAI menawarkan pesawat yang sedang dibangunkannya iaitu “Hurjet” kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pakej-pakej pemindahan teknologi termasuk memasang 15 daripada 18 pesawat itu di Malaysia.

“Kami (TAI) mahu menyumbang kepada pembangunan kapasiti Malaysia untuk menghasilkan pesawat seperti itu (Hurjet) kerana Malaysia dilihat antara negara terbaik untuk bekerjasama secara strategik di Asia Pasifik.” katanya kepada media Malaysia ketika lawatan yang pertama dua minggu lepas.

Sekiranya bidaan oleh syarikat TAI itu berjaya, beliau berkata, 15 pesawat “Hurjet” itu akan dikeluarkan di Malaysia manakala tiga buah lagi di Turki.

Model-model “Gokbey” dan “Hurkus”

 

Temel Kotil itu berkata, pengeluaran pesawat “Hurjet” di Malaysia bertujuan mengukuhkan industri penerbangan global di rantau masing-masing.

Beliau berada di Malaysia untuk menyaksikan pembukaan pusat kejuruteraan dan rekabentuk milik TAI pertamanya di Asia Tenggara yang terletak Cyberjaya.

Bagi tender UAS-MALE pula, tender telah pun ditutup pada tahun lepas dengan TAI dipercayai menawarkan sistem pesawat tanpa pemandu “TAI Anka” yang telah pun diuji keberkesanannya dalam beberapa konflik seperti di Syria, Libya dan lain-lain.

Perolehan kedua-dua sistem persenjataan itu akan dilakukan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

PM bersama CEO MKEK Yasin Akdere dan Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa pada Ogos tahun lepas untuk mendapatkan tiga buah sistem UAS-MALE (bersama-sama segala sistem yang berkait dengannya seperti ground stations dll) dan tender itu telah pun ditutup pada 26 November 2020.

Secara keseluruhannya, TUDM mempunyai keperluan untuk enam buah UAS-MALE yang berkemungkinan akan diperolehinya pada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan RMK-13 yang akan dilaksanakan pada tahun 2026-2030.

Pada tahun lepas, taklimat telah dianjurkan oleh Tim UAS TUDM, Bahagian Perolehan 3 (PERO 3), Kementerian Pertahanan dengan kerjasama TUDM dan Bahagian Industri Pertahanan bagi Tender Terbuka Antarabangsa.

Dron “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace (TUSAS).

 

Taklimat itu telah disertai oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang menyatakan minat untuk UAS-MALE kepada kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

Antara calon-calon yang dipercayai menyertai tender antarabangsa untuk membekalkan sistem UAS MALE ini adalah Turkish Aerospace Industries (TAI) “Anka”Predator B (MQ-9 Reaper) daripada syarikat General Atomics, Wing Loong daripada Chengdu Aircraft Industry Group (CAIC),  Patroller daripada Safran dan CH-4 daripada China Aerospace Science and Technology Corporation serta Falco daripada Leonardo.

Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

AnkaCEOHurjetMKEKTAI
Comments (0)
Add Comment