LIMA ’23 Saksi Kontrak Perolehan FA-50 Block 20, “Anka” dan ATR 72MP Dimeterai
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 billion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan sewaktu Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).
Browsing category
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 billion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan sewaktu Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).
Nampaknya Korea Aerospace Industries (KAI) bukan sahaja mempunyai keyakinan yang amat tinggi untuk menerima pesanan tambahan bagi 18 buah lagi pesawat pejuang FA-50 daripada Malaysia, tetapi ia juga mahu melihat “kesinambungan” dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjadi salah satu pengguna pesawat generasi 4.5 KF-21 “Boramae”.
Sebanyak 14 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang diperolehi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menjalani kerja-kerja pemasangan akhir (final assembly) di Malaysia.
Syarikat Gading Marine Industry dijangka akan menyerahkan empat unit pertama Fast Intercept Craft (FIC) G2000 MkII daripada 13 unit keseluruhannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos tahun ini.
Syarikat Korea Selatan, LIG Nex1 telah menerima Request For Information (RFI) daripada Kementerian Pertahanan tentang sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System – MERAD) “KM-SAM” yang dibangunkan oleh syarikat terbabit.
Kementerian Pertahanan dan Turkish Aerospace Industries (TUSAS) dijangka akan menandatangani kontrak perolehan sistem pesawat tanpa pemandu “Anka” Khamis ini, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara menggunakan sistem dron MALE (Medium Altitude Long Endurace) buatan Turkiye itu.
Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk “cannibalise” pesawat Sukhoi Su-30MKM sedia ada bagi memastikan pesawat pejuang buatan Russia itu yang lain mempunyai alat ganti yang mencukupi untuk “terbang” dan menjalankan tugasnya dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
Dengan pemilikan di antara 200 hingga 300 buah kapal, China kini diiktiraf sebagai negara yang memiliki pasukan pengawal pantai terbesar di dunia, mengatasi bilangan kapal pengawal pantai dimiliki oleh Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara lain.
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup dijadual melakukan lawatan empat hari ke Malaysia bermula hari ini untuk mengadakan perbincangan tentang kerjasama industri pertahanan serta menghadiri majlis menandatangani kontrak penjualan pesawat pejuang ringan FA-50.
Pesawat pejuang generasi 4.5 dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Korea Selatan, KF-21 “Boramae” telah lulus ujian teknikal khusus bagi membolehkan ia dibina secara besar-besaran bermula pada tahun depan.