Jerman Berkeras Enggan Jual Pesawat Eurofighter Typhoon Pada Arab Saudi
Dalam usaha membaiki hubungannya dengan Arab Saudi, kerajaan Jerman telah bertindak melonggarkan sebahagian daripada sekatan penjualan senjatanya terhadap Riyadh, namun kuasa Eropah itu masih berkeras enggan menjual pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada negara Arab itu.