Browsing category

Teknologi Ketenteraan

[VIDEO] Indonesia Bakal Perolehi Sistem Peluru Berpandu “Neptune”?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia dilaporkan telah menandatangani memorandum dengan Ukraine tentang kemungkinan negara Asia Tenggara itu memperolehi sistem peluru berpandu anti kapal “RK-360C Neptune” yang dibangunkan oleh Luch State Design Bureau. Bagaimanapun sebelum mana-mana pihak teruja, ini hanyalah memorandum yang ditandatangani pada 23 Disember dan Indonesia pada akhirnya mungkin tidak akan membeli pun sistem […]

KAI FA-50 Varian “Block 10” Lebih Berkemampuan, Lebih Berbahaya

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selewat-lewatnya tahun depan, usaha-usaha peningkatan kemampuan pesawat FA-50 oleh Korea Aerospace Industries (KAI)  dijangka selesai, sekaligus menjadikan pesawat itu lebih menarik di mata pelanggan-pelanggan yang berpotensi (kemungkinan termasuk Malaysia). Varian baru pesawat FA-50 itu akan dikenali sebagai Block 10 yang akan mengintegrasikan pesawat dengan Lockheed Martin AN-AAQ-33 Sniper Targeting Pod yang […]

Aster-30 Kawal Ruang Udara Singapura Dari Sebarang Pencerobohan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula daripada Ogos lepas, Singapura telah mula mengoperasikan sistem pertahanan udara Aster-30 yang direkabentuk untuk menangani pelbagai ancaman daripada pesawat pejuang, pesawat tanpa pemandu (UAV) hingga kepada “precision guided munitions” (PGM). Menteri Pertahanan republic itu Ng Eng Hen berkata, sistem pertahanan Aster-30 itu dihubungkan dengan keseluruhan sistem pertahanan negara itu. “Sistem […]

Airbus Sah Tawar C-295 MPA Dalam Tender Pesawat Peronda Maritim M’sia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat kapalterbang Eropah, Airbus telah mengesahkan bahawa ia telah menawarkan pesawat Peronda Maritim (MPA) C-295 dalam tender Kementerian Pertahanan untuk membekalkan pesawat itu kepada Malaysia. Tender bagi membekalkan pesawat MPA kepada Malaysia tamat pada 3 Disember lepas. Pengesahan tentang penyertaan pesawat C-295 dalam tender Kementerian Pertahanan itu telah disahkan oleh […]

[Video] Turki Mula Produksi Bersiri UAV Terbaru “Aksungur”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkish Aerospace Industry (TAI) telah memulakan produksi bersiri (serial production) pesawat tanpa pemandunya (UAV) yang terbaru dipanggil “Aksungur”, mendekatkan lagi pengoperasiannya oleh tentera Turki. TAI ini merupakan syarikat pertahanan Turki yang sama membangunkan UAV Anka. Selepas ANKA, syarikat kini membangunkan sebuah lagi UAV Medium Altitude Long Endurance (MALE), yang bukan sahaja […]

Sudah Tiba Masa, ATM Timbang Perolehi AV-TM300

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Tentera Darat telah melancarkan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II dalam Eksesais LEMBING SAKTI di Tanjung Hantu, Lumut. Eksesais yang melibatkan 59 pegawai dan 382 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Markas Briged Roket, Rejimen 51 Artileri Diraja (51 RAD), 52 RAD dan 61 RAD. Sistem SRLB ASTROS […]

Sistem Radar “Kontenyer”, 3,000km dan 5,000 Sasaran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 1 Disember tahun lepas, tentera Russia mula menggunakan radar jarak jauh terbarunya yang dinamakan “Konteyner” (Container) untuk memantau ancaman yang datang daripada jet pejuang, peluru berpandu ballistic, kruis dan lain-lain lagi. Jarak effektif radar “Konteyner” ini adalah 3,000km, 100km altitude dan mampu memantau kira-kira 5,000 sasaran pada satu-satu masa, membuatkan […]

[Video] Saksikan Ujian Penembakan S-400 “Triumf” Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Saksikan latihan penembakan peluru berpandu S-400 “Triumf” oleh Rejimen Pertahana Udara ke-568 Tentera Russia di satu lokasi yang dinamakan “Kasputin Yar”. Kasputin Yar ini adalah kawasan ujian pelancaran roket dan pelbagai ujian saintifik yang lain Astrakhan Oblast, kira-kira 100km daripada Volgograd. (Saksikan ujian penembakan peluru berpandu sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” […]

[Video] “Terminator” Bakal Diserap Ke Dalam Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan kemampuan yang ditonjolkannya di Syria, tentera Russia kini menimbang kemungkinan untuk menyerap perkhidmatan kenderaan bantuan kereta kebal yang dinamakan sebagai “Terminator” di dalam angkatan tenteranya. Baru-baru ini, tentera Russia menerima lapan buah “Terminator” untuk menjalani ujian lanjut sebelum diterima masuk dalam perkhidmatan. Guards Tank Division di Central Military District merupakan […]

[Video] Russia Lancar Peluru Berpandu Hypersonic “Tsirkon”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal friget Tentera Laut Russia sekali lagi melancarkan ujian penembakan peluru berpandu hypersonic “Tsirkon” daripada Laut Putih (White Sea) ke sasaran yang terletak di Laut Barents (Barents Sea). Menurut Kementerian Pertahanan Russia, penembakan tersebut merupakan sebahagian daripada ujian senjata baharu. “Mengikut pemantauan dan data yang direkod, peluru berpandu hypersonic ‘Tsirkon’ berjaya […]