Syarikat Russia Tawar Wang Tunai Pada Anggota Tenteranya Berjaya Tembak Jatuh F-16 Ukraine
Sebuah syarikat minyak Russia, “Fores” telah menawarkan hadiah wang tunai sebanyak 15 juta Rubles (US$168,000) kepada mana-mana anggota tentera negara itu yang berjaya menembak jatuh pesawat pejuang F-16 pertama dioperasikan oleh tentera Ukraine.