Browsing category

Berita

(Video) Kapal Halimunan USS Zumwalt Lancar Peluru Berpandu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal guided missile destroyer halimunan pertama Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Zumwalt (DDG-1000) yang dianggarkan bernilai US$3.8 billion (RM15.7 bilion sebuah) telah berjaya melancarkan peluru berpandu buat pertama kalinya. Kapal ultra-moden dengan rekabentuk amat futuristik seberat 16,000 tan itu telah melancarkan peluru berpandu Standard Missile-2 (SM-2) menggunakan pelancar MK57 Vertical Launching […]

Indonesia Tidak Benarkan “Pesawat Pengintip” AS Mendarat

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia diberitakan telah beberapa kali menolak permintaan Amerika Syarikat untuk membenarkan pesawat peronda maritim miliknya, P-8 Poseidon untuk mendarat dan mengisi minyak di negara Asia Tenggara itu. Media antarabangsa membuat dakwaan tersebut hari ini dengan mengatakan permintaan oleh Amerika Syarikat itu diajukan terhadap empat pegawai tinggi kerajaan Indonesia. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat […]

Iran Kerah 200 Kereta Kebal Ke Sempadan Azerbaijan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Adakah rejim Syiah Iran bakal terjebak dalam peperangan di Nagorno-Karabakh? Kemungkinan ini tidak boleh ditolak berikutan laporan negara Timur Tengah itu telah mengerahkan kira-kira 200 kereta kebal dan kereta perisai serta peralatan tentera yang lain ke sempadannya dengan Azerbaijan, sebuah lagi negara Syiah. Sejak beberapa hari lepas, media tempatan di Iran […]

Tentera Amerika Tingkat Misi Mengintip Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat telah meningkatkan misi-misi pengintipan oleh pesawatnya di Laut China Selatan,  ketika ketegangan diantaranya dengan China memuncak berhubung beberapa isu termasuk pemilikan terhadap Laut China Selatan itu sendiri dan Taiwan. Menurut sebuah badan pemikir Beijing dikenali dengan nama “South China Sea Probing Initiative” (SCSPI) di dalam laporannya berkata,  bulan […]

China Buat Persiapan Terakhir Sebelum Serang Taiwan?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Adakah China sedang melakukan persiapan terakhir sebelum menyerang Taiwan? Menurut beberapa penganalisis, itulah yang sedang berlaku ketika ini. China diberitakan telah meningkatkan kekuatan tenteranya di selatan negara itu termasuk memindahkan peluru berpandu hypersonik DF-17, dalam apa yang penganalisis dakwa sebagai persiapan terakhir untuk menyerang Taiwan. Kehadiran peluru berpandu hypersonik DF-17 Hypersonic […]

(Video) Apabila bom Perang Dunia Kedua “Tallboy” meletup…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selama 75 tahun,  bom Perang Dunia Kedua dikenali dengan nama “Tallboy” atau “Earthquake” (gempa bumi) terbenam 12 meter di dasar sebuah terusan perkapalan Piatowski di bandar pelabuhan Swinoujscie, Poland. Ia diibaratkan seperti “gergasi” yang sedang nyenyak tidur sebelum pihak berkuasa yang sedang menjalankan kerja-kerja mendalamkan terusan perkapalan itu menemuinya. “Tallboy” adalah […]

(Video) Pesawat Pengebom China Tunjuk “Taring” Baru

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk pertama kalinya, sebuah pesawat pengebom strategik China daripada jenis Xian “H-6N” telah dilihat dikhalayak ramai membawa peluru berpandu balistik anti-kapal (anti-ship ballistic missile-ASBM). Memandangkan peluru berpandu balistik anti-kapal ini mampu membedil sasaran laut seperti kapal perang daripada jarak di antara 1,500km hingga 2,000km, ini memberikan China kemampuan “standoff” ketika berdepan […]

(Video) Turki Lancar S-400, Washington Berang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki dipercayai telah melancarkan peluru berpandu S-400 “Triumf”” dalam satu latihan semalam, tindakan yang mengundang kemarahan Amerika Syarikat dan rakan-rakannya di dalam NATO. Setakat ini tentera Turki enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan pelancaran peluru berpandu sistem pertahanan udara buatan Russia itu di bandar pesisiran pantai Laut Hitam di Sinop. Bagaimanapun […]

“Minyak dan Senjata,” Bagaimana Israel Membantu Azerbaijan…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun tidak terlibat secara langsung di dalam konflik di antara Armenia dan Azerbaijan mengenai wilayah Nagorno-Karabakh, tetapi Israel turut menerima tempiasnya. Ini disebabkan kerana negara Yahudi itu merupakan di antara pembekal senjata terbesar kepada angkatan tentera Azerbaijan. Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) dan “Loitering Munitions” atau popular dipanggil “Dron Kamikaze”buatan Israel […]

Netizen China Berang, M’sia “Berani” Tahan 60 Nelayan Mereka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya tindakan Malaysia menahan 60 “nelayan” China dan enam bot mereka di perairan Tanjung Sedili, Johor minggu lepas telah membangkitkan rasa marah sesetengah rakyat negara Komunis itu. Page Facebook Cina Malaysia Tolak Komunis China (CMTKC) telah mendedahkan bagaimana sesetengah warga laman maya negara Komunis telah menyuarakan rasa ketidakpuasanhati dan marah mereka […]