Browsing category

Berita

China Sasar Kapal Pengangkut Pesawat Amerika di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Ogos lepas, China telah melancarkan dua jenis peluru berpandu, dikenali sebagai “DF-26B” dan “DF-21D” dikenali dengan nama “pembunuh kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier killer) ke Laut China Selatan. Kedua-dua peluru berpandu itu meluncur ribuan kilometer dan menurut penganalisis ketenteraan kepada akhbar The South China Morning Post, ia jatuh di perairan […]

[Video] Etnik Armenia Bakar Rumah, Kosongkan Kubur

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Etnik Armenia yang terpaksa meninggalkan Nagorno Karabakh selepas gencatan senjata telah membakar rumah-rumah mereka bagi mengelak ianya diduduki oleh musuh-musuh mereka iaitu penduduk Azerbaijan. Mereka mungkin beranggapan, biar rumah mereka hangus terbakar daripada ianya diduduki oleh “musuh.” Sebelum rumah-rumah yang diduduki mereka selama puluhan tahun itu dibakar, mereka telah melonggokkan barangan […]

40 Bot Nelayan Indonesia Cuba Ceroboh Perairan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Usaha mengawal sempadan perairan negara sememangnya mencabar dan terbaru,  40 bot nelayan Indonesia dikesan cuba menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak untuk menangkap ikan. Nasib baik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak telah bertindak dengan pantas dengan mengusir semua bot nelayan negara asing itu. Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan […]

Filipina Sah Beli Helikopter Mil Mi-171 Buatan Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Rasanya tidak sampai seminggu admin melaporkan tentang penerimaan lima buah helikopter Sikorsky S-70i pertama Filipina daripada 16 buah yang dipesan, dan kini negara jiran kita itu membeli helikopter lain pula untuk kegunaan angkatan tenteranya. Dilaporkan negara itu telah memutuskan untuk membeli 16 buah helikopter Mil Mi-171 buatan Russia bernilai US$268 juta […]

[Video] ATM Dijangka Terima Heli MD530G Jun Tahun Depan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima enam helicopter jenis MD530G Light Scout Attack secara berperingkat mulai Jun tahun depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau bagaimanapun berkata, aset berkenaan perlu melalui proses ujian penilaian dan memenuhi kriteria aset ATM sebelum kerajaan menerima […]

Ejen Israel Bunuh Pemimpin No. 2 Al-Qaeda di Teheran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ejen-ejen perisikan Israel dipercayai telah membunuh pemimpin nombor dua Al-Qaeda dikenali dengan nama “Abu Muhammad Al-Masri” di tengah-tengah bandaraya Teheran, Iran pada Ogos lepas. Menurut akhbar The New York Times, dua orang pembunuh menaiki sebuah motosikal membunuh beliau dan anak perempuannya, Miriam pada 7 Ogos lepas, hari yang sama sambutan kejadian […]

[Video] Filipina Bakal Meterai Perjanjian Beli “Brahmos”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina akan menandatangani perjanjian pembelian peluru berpandu kruis “Brahmos” dengan India pada tahun depan, sekaligus meningkatkan lagi kemampuan angkatan tenteranya menangani ancaman. Perjanjian pembelian itu bakal menjadikan Filipina sebagai negara pertama di luar India yang menggunakan peluru berpandu kruis “Brahmos.” Perkara ini disahkan oleh akhbar India, Hindustan Times yang memetik sumber-sumber […]

Indonesia Kerah UAV Ke Natuna dan Tarakan Berhampiran Sabah

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Indonesia dikatakan telah mengerahkan pesawat tanpa pemandu (UAV) miliknya, CASC CH-4 Rainbow ke kepulauan Natuna untuk mengawasi perairan miliknya di Laut China Selatan. Selain itu media-media pertahanan Indonesia juga mengatakan CASC CH-4 milik Indonesia juga akan ditempatkan di Tarakan, yang terletak berhampiran dengan Sabah. Mengapa di kepulauan Natuna — mungkin Jakarta […]

[Video] Rakaman Penembakan Jatuh Mi-24 “Hind” Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Saksikan detik-detik terakhir sebuah helikopter bersenjata milik tentera Russia daripada jenis Mil Mi-24 “Hind” ditembak jatuh oleh peluru berpandu lancaran bahu (shoulder launch) di kawasan sempadan Armenia dengan Azerbaijan. Penembakan jatuh helikopter Russia oleh tentera Azerbaijan berlaku hanya beberapa jam sebelum Armenia dan Azerbaijan menandatangani perjanjian gencatan senjata yang menamatkan perang […]

“Densus 88” Tangkap Tujuh Saspek Pengganas Di Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Unit anti-keganasan Indonesia, “Detasmen Khusus 88 Anti Terror” atau nama singkatannya, “Densus 88” telah mengumumkan penangkapan tujuh saspek anggota kumpulan pengganas di negara itu. Anggota Densus 88 yang lengkap bersenjata menangkap kesemua saspek itu merupakan anggota kepada kumpulan pengganas,  Jemaah Islamiyah (JI) dan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang bersekutu dengan kumpulan-kumpulan […]