Browsing category

Malaysia

Kapal Destroyer Amerika Syarikat, USS Russell Belayar Hampir Dengan Kepulauan Spratly

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal perang destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat, “USS Russell” melakukan pelayaran “Freedom of Navigation and Operations” (FONOP) berhampiran Kepulauan Spratly yang didakwa China adalah miliknya. Pelayaran oleh USS Russel, sebuah kapal perang destroyer kelas “Arleigh Burke” itu dianggap sebagai mencabar kenyataan oleh China bahawa seluruh Laut China Selatan termasuk Kepulauan […]

Tentera Darat Terima 180 Buah Motosikal Scrambler 250CC Untuk Op BENTENG

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan majlis penyerahan motosikal Scrambler 250cc di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen, hari ini. Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima kira-kira 180 buah motosikal Scrambler 250cc bagi kegunaan operasi khususnya bagi melaksanakan Op BENTENG. Sejurus selesai taklimat […]

Polis Kesan 72 Kumpulan Samseng Bergerak Aktif Di Negara Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 72 geng samseng aktif dikesan bergerak aktif di negara ini dan sekiranya ancaman ini dibiarkan berterusan maka Malaysia berkemungkinan  boleh menjadi seperti bandaraya Chicago di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 1930-an. Pada tahun-tahun 1930-an, aktiviti gengsterisme hampir melumpuhkan kedaulatan undang-undang Amerika Syarikat, menyebabkan kegiatan Mafia berleluasa. Perkara itu didedahkan oleh Timbalan […]

24 Butir Bom Tangan Ditemui Dalam Kotak Di Tapak Pembuangan Sampah

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang pemandu lori sampah menemui sebanyak 24 butir bom tangan bagi kegunaan latihan dalam kotak di tapak pembuangan sampah di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya di sini, semalam. Pemandu lori sampah berusia 35 tahun itu menemui bahan letupan itu ketika menjalankan kerja-kerja pembuangan sampah, kira-kira jam 4 petang. Ketua Polis Daerah […]

[VIDEO] Militan Syiah Lancar Serangan Roket Terhadap Pangkalan Tentera Amerika Di Utara Iraq

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan militant pro-Iran telah melancarkan serangan roket terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat di Erbil, utara Iraq, menyebabkan seorang kontraktor warga asing maut dan lapan yang lain termasuk rakyat Amerika cedera. Ia dikatakan adalah serangan terburuk terhadap kemudahan tentera Amerika di Timur Tengah kebelakangan ini. (Rakaman kejadian serangan roket oleh militan pro-Iran) […]

STRIDE, ATM Bantu Bangunkan Kenderaan Perisai Mobiliti Tinggi “HMAV 4×4”

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Usaha membangunkan kenderaan perisai mobiliti tinggi pertama negara yang dipanggil “HMAV4x4”  telah  mendapat bantuan daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan Tentera Darat Malaysia (TDM). Perkara itu dinyatakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu posting menerusi akaun Facebook-nya hari ini. Menurut ATM, kenderaan berperisai HMAV 4×4 telah dibangunkan oleh […]

“Tunggu Dan Sabar,” Kata Peguam Negara Tentang Kes Muhammad Adib

(DEFENCE SECURITY ASIA) — “Tunggu dan sabar, kami akan buat keputusan nanti,” kata Peguam Negara, Idrus Harun. Itu adalah reaksi Idrus ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim. Masih belum nampak sebarang pengakhiran, pelbagai pihak kembali membangkitkan kes tersebut sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, Idrus […]

Panglima Tentera Darat Hargai Kejayaan Rampas 402 KG Syabu Di Sungai Golok

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kejayaan Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) merampas 402kg dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM16.08 juta semasa melaksanakan rondaan pada 8 Februari yang lalu dihargai oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain. Atas kejayaan itu, Panglima Tentera Darat telah menyampaikan surat penghargaan kepada 8 Briged. Surat penghargaan atas […]

[VIDEO] Pesawat Pejuang Israel Serang “Kepentingan Iran” Di Syria

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Israel menceroboh ruang udara Syria beberapa jam lalu untuk mengebom beberapa sasaran di Damsyik yang dipercayai dikuasai oleh anggota Kor Pengawal Revolusi Iran dan kumpulan-kumpulan militan yang bersekutu dengannya. Menurut pemerhati tempatan, sasaran jet-jet pejuang Israel itu adalah lokasi-lokasi penyimpanan peluru berpandu Iran di ibu kota Syria itu. Unit-unit […]

PKK Didakwa Bunuh 13 Warga Turki Dalam Sebuah Gua Di Utara Iraq

DEFENCE SECURITY ASIA) –  Tentera Turki menemui mayat 13 rakyatnya dalam sebuah gua di Gara, utara Iraq dipercayai dibunuh oleh militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang dilabel oleh Ankara, Washington dan Kesatuan Eropah sebagai sebuah kumpulan pengganas. Menurut tentera Turki, 12 daripada tebusan itu yang didakwa warga awam mempunyai kesan tembakan di bahagian kepala manakala […]