Browsing category

International

Jepun Lancar “Mogami”, Kapal Friget 30FFM

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun telah melancarkan kapal friget kelas 30FFM yang pertama “Mogami” yang dibina oleh syarikat, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di limbungan kapalnya di kota Nagasaki.

Kapal friget “Mogami” yang mengambil nama sempena sebuah sungai di negara itu akan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan dan persenjataan bagi membolehkannya ditauliah dan beroperasi pada tahun depan.

Kepentingan Tartus, Khemeimim Dalam Usaha Russia Kekalkan Pemerintahan Bashar al-Assad

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kemudahan laut Russia di Tartus dan pangkalan udara di Khemeimim, selatan bandar Latakia amat penting bagi kempen tentera Russia di Russia bagi mempertahankan pemerintahan Bashar al-Assad.

Kemudahan laut Russia di Tartus di Laut Mediterranean adalah satu-satunya kemudahan tentera laut Russia di luar negara-negara bekas jajahan Kesatuan Soviet sehinggalah pada akhir tahun lepas.

Siapa “Curi” Minyak Syria?

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Pada pertengahan tahun lepas, sebuah syarikat minyak kurang dikenali Amerika Syarikat dikenali dengan nama “Delta Crescent Energy LLC” yang berdaftar di Delaware telah menandatangani perjanjian lumayan dengan pihak Kurdish.

Perjanjian rahsia yang dilakukan ketika pentadbiran Presiden Donald Trump itu memberikan kebenaran kepada syarikat Amerika Syarikat itu untuk membangunkan dan mengeksport minyak di utara Syria.

[VIDEO] Pesawat Su-57 “Felon” Lakukan Ujian Penembakan Meriam 30mm

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini telah muncul video yang menarik menunjukkan uiian penembakan meriam 30mm yang bakal digunakan oleh pesawat pejuang gen-5 terbaru Russia, Su-57 “Felon”.

Walaupun pesawat pejuang Su-57 Russia ini telah diuji oleh pelbagai peluru berpandu, namun ujian penembakan meriamnya tidak pernah dipertontonkan sebelum ini.

[VIDEO] Malaysia Bakal Terima 12 Buah Lagi UAV “ScanEagle” Daripada Amerika Syarikat

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat akan menyerahkan 12 buah lagi pesawat tanpa pemandu (UAV) “ScanEagle” kepada Malaysia diantara pertengahan tahun ini sehingga awal tahun depan.

Menurut Atase Kanan Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Kapten Muhammad Muzzafar Feroze Khan yang dipetik oleh agensi berita Bernama sebagai berkata,  ia adalah penambahan kepada enam buah UAV  ScanEagle yang telah diserahkan kepada Malaysia pada tahun lepas.

Filipina Semakin Hampir Untuk Miliki Peluru Berpandu “BrahMos”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Filipina dan India menandatangani perjanjian yang menjadikan impian Manila untuk memiliki peluru berpandu “BrahMos” bagi memperkuatkan pertahanan pesisir pantai semakin menjadi realiti.

Peluru berpandu “Brahmos” yang mampu membedil sasaran sehingga 250km hingga 300km adalah hasil usahasama di antara India dan Russia.