Lebih Banyak Kapal-Kapal China Akan Ceroboh Perairan Malaysia
Malaysia menjangkakan akan berlaku peningkatan insiden-insiden pencerobohan daripada kapal-kapal milik China terhadap perairannya selagi syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS membangunkan lapangan gas asli yang besar di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) miliknya di luar perairan Sarawak.