China Jadikan Pulau Buatan Manusia Di Laut China Selatan Sebagai “Kubu Tentera”
Pihak China telah menjadikan tiga daripada “pulau buatan manusia” yang didudukinya secara haram di Laut China Selatan sebagai kubu tentera dengan persenjataan-persenjataan seperti peluru berpandu anti-kapal, sistem pertahanan udara, laser serta sistem pemintasan elektronik (jamming).