Bukti Semakin Jelas Tunjukkan Ukraine Bertanggungjawab Letupkan Paip Gas Asli Nord Stream

Tindakan pihak berkuasa Jerman mengeluarkan waran tangkap terhadap penyelam warga Ukraine itu membuktikan kenyataan Moscow sebelum ini bahawa Amerika, Ukraine dan konco-konconya bertanggungjawab melakukan tindakan sabotaj terhadap paip gas asli Nord Stream itu mempunyai kebenarannya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa Jerman telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penyelam warga Ukraine “Volodymr Z” yang dipercaya terlibat melakukan tindakan sabotaj terhadap paip-paip Nord Stream di Laut Baltik yang menyalurkan gas asli Russia ke Jerman.

Penyiasat Jerman percaya warga Ukraine itu merupakan salah seorang anggota kumpulan sabotaj yang terlibat memasang  bahan letupan pada paip-paip Nord Sream pada September 2022, menurut media Jerman yang melaporkan tentang perkara itu.

Undang-undang Jerman melarang penyiaran nama penuh suspek.

Sebelum ini, Amerika Syarikat, Ukraine dan negara-negara sekutu Baratnya galak menuduh Russia sebagai pihak yang bertanggungjawab melancarkan tindakan sabotaj terhadap paip-paip Nord Stream yang membawa gas asli Russia kepada Eropah.

Russia berkeras menafikan tuduhan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, menyatakan bahawa maklumat oleh agensi perisikannya menyatakan bahawa letupan terhadap paip-paip Nord Stream itu dilakukan oleh Barat dan kuncu-kuncunya.

Letupan paip gas Nord Stream pada 26 Sept tahun lepas.

 

Tindakan pihak berkuasa Jerman mengeluarkan waran tangkap terhadap penyelam warga Ukraine itu membuktikan kenyataan Moscow sebelum ini bahawa Amerika, Ukraine dan konco-konconya bertanggungjawab melakukan tindakan sabotaj terhadap paip gas asli Nord Stream itu mempunyai kebenarannya.

Menurut media Jerman, penyelam warga Ukraine itu “Volodymr Z” itu diketahui tinggal di Poland.

Pihak pendakwa Poland mengesahkan bahawa ia telah menerima waran tangkap Jerman terhadap suspek pengeboman paip Nord Stream itu.

Pasukan penyiasat Jerman juga telah mengenalpasti seorang lagi lelaki dan wanita warga Ukraine yang juga adalah penyelam disyaki terlibat dalam melancarkan tindakan sabotaj terhadap Nord Stream sebagaimana dilakukan oleh “Volodymr Z.”

Bagaimanapun tiada waran tangkap dikeluarkan oleh penyiasat Jerman terhadap kedua-dua warga Ukraine itu pada masa ini, menurut laporan di dalam media Jerman.

Dalam kejadian letupan yang berlaku pada 26 Sept 2022, letupan telah merosakkan dua paip gas iaitu Nord Stream 1 dan 2.

Letupan dikesan berlaku di Pulau Bornholm milik Denmark di Laut Baltik sehingga menyebabkan kebocoran terhadap paip-paip itu.

Nord Stream

 

Bekalan gas asli Russia disalurkan kepada Jerman menerusi paip Nord Stream 1, yang mempunyai kapasti sebanyak 63 billion meter padu setahun. Ketika kejadian, Nord Stream masih belum beroperasi.

Paip-paip gas Nord Stream dibina untuk menjadi alternatif penyaluran gas daripada terlalu bergantung kepada paip-paip gas milik Ukraine.

Laporan media Jerman yang menyatakan bahawa pihak berkuasa negara itu telah mengeluar waran tangkap terhadap penyelam warga Ukraine kerana dipercayai terlibat mensabotaj Nord Stream adalah selari dengan artikel oleh akhbar terkenal Amerika Syarikat, Washington Post tahun lepas.

 Washington Post mendedahkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai maklumat perisikan awal daripada sebuah agensi perisikan Eropah menunjukkan bahawa pihak tentera Ukraine merupakan pihak yang bertanggungjawab meletupkan paip gas asli Nord Stream.

Paip gas asli Nord Stream sepanjang 1,200 kilometer melintasi perairan wilayah Rusia, Finland, Sweden, Denmark dan Jerman menyalurkan gas asli Russia kepada sebahagian  besar benua Eropah yang amat bergantung kepada gas asli itu.

Laporan oleh Washington Post itu menyatakan bahawa pentadbiran Presiden Jo Biden telah mengetahui tiga bulan awal sebelum insiden letupan Nord Stream itu bahawa tentera Ukraine merancang untuk menyerang rangkaian paip gas asli bawah laut Eropah dengan bantuan pasukan penyelam kecil tentera.

Pasukan penyelam telah menerima arahan secara langsung daripada Panglima Tentera Ukraine, Valery Saluschnyj.

Laporan perisikan daripada perkhidmatan perisikan beberapa negara Kesatuan Eropah telah memperincikan maklumat tentang tindakan sabotaj oleh Ukraine itu termasuklah kaedah serangan dilakukan oleh unit rahsia Ukraine terhadap Nord Stream itu.

Ia telah memberikan salah satu bukti langsung yang menghubungkan kerajaan Ukraine dengan tindakan sabotaj terhadap infrastruktur tenaga Eropah yang penting itu.

The Washington Post telah merahsiakan nama negara Eropah yang menyalurkan maklumat perisikan dan beberapa aspek rancangan sabotaj itu atas permintaan pegawai kerajaan mereka, mengambil kira risiko terhadap sumber maklumat itu.

Agensi perisikan Jerman juga telah merampas sebuah rumah selamat (safe house) yang digunakan dalam operasi sabotaj terhadap paip gas asli Nord Stream itu.

Media Jerman juga melaporkan bahawa penyiasat-penyiasat negara itu telah menemui kapal layar bernama “Andromeda”,  yang telah digunakan oleh penyelam-penyelam Ukraine yang menyamar sebagai sekumpulan pemancing bagi membolehkan mereka menghampir rangkaian Nord Stream.

Letupan yang berlaku pada paip gas asli Nord Stream 1 dan 2 pada 26 September 2022 telah memutuskan bekalan gas asli Russia kepada Eropah.

Pendakwa awam Jerman telah menemui hubungan antara tindakan sabotaj tersebut dengan Ukraine.

Pada awal tahun 2023, penyiasat Jerman sebagaimana dilaporkan oleh media negara itu menyatakan bahawa kumpulan yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan itu pada paip-paip gas asli Nord Stream itu terdiri daripada lima orang lelaki – seorang kapten, dua penyelam, dan dua pembantu penyelaman – serta seorang doktor perempuan.

Kesemua kewarganegaraan mereka tidak diketahui kerana mereka menggunakan pasport palsu. — DSA

featuredJermanNord StreamUkraine
Comments (0)
Add Comment