Peluru Berpandu “Blue Spear”, Lambang Kerjasama Erat S’pura Dan Israel

Memandangkan Israel memiliki hubungan ketenteraan yang amat rapat dengan beberapa negara di rantau ini seperti Thailand dan Filipina selain Singapura, maka terdapat kemungkinan juga bahawa peluru berpandu anti-kapal/darat “Blue Spear” yang dibangunkan bersama antara Israel dan Singapura juga akan digunakan di negara-negara di Asia Tenggara pada tahun-tahun yang akan mendatang ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dibangunkan bersama oleh firma Singapura dan Israel, ST Engineering dan Israel Aerospace Industries (IAI), peluru berpandu anti-kapal/darat “Blue Spear” yang baru diperkenalkan di pasaran merupakan lambang kerjasama erat di antara dua negara dalam bidang pertahanan.

Kedua-dua syarikat telah menubuhkan syarikat usahasama dipanggil Proteus Advanced System yang merekabentuk, membangunkan dan memasarkan peluru berpandu terbabit.

Dikategorikan sebagai peluru berpandu anti-kapal/darat generasi kelima, “Blue Spear” atau “Gabriel V” itu direka untuk memenuhi keperluan negara-negara kecil yang berhadapan dengan masalah sumber manusia yang terhad untuk mengoperasikan pelbagai platform peluru berpandu sama ada untuk tentera laut dan tentera darat.

Peluru berpandu anti-kapal/darat “Blue Spear” itu boleh dilancarkan daripada kapal-kapal laut dan platform daratan oleh unit-unit tentera darat, selain menjimatkan kos untuk penyelenggaraan serta latihan anggota yang mengendalikan sistem ini.

Peluru berpandu anti-kapal/darat itu boleh diubahsuai mengikut keperluan pengguna.

“Blue Spear” merupakan daripada keluarga peluru berpandu anti-kapal “Gabriel” yang dibangunkan oleh syarikat IAI pada 1960-an dan digunakan secara ekstensif ketika konflik di antara dunia Arab dan Israel ketika itu.

Peluru berpandu generasi kelima itu memilik jarak effektif sejauh 290km dan merupakan peluru berpandu anti-kapal/darat yang subsonic, panduan radar dan berkemampuan Beyond-Line-Of-Sight (BLOS).

Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan peluru berpandu ini boleh membedil sasaran sejauh 400km.

Memandangkan Israel memiliki hubungan ketenteraan yang amat rapat dengan beberapa negara di rantau ini seperti Thailand dan Filipina selain Singapura, maka terdapat kemungkinan juga bahawa “Blue Spear” juga akan digunakan di negara-negara terbabit di dalam tahun-tahun yang akan mendatang ini.

“Blue Spear” boleh digunakan dalam dua mode iaitu “Fire and Forget” dimana selepas pelancaran peluru berpandu itu akan mencari sasarannya sendiri dan “Fire and Update” dimana operator masih boleh mengemaskini trajektori sasaran walaupun selepas peluru berpandu itu dilancarkan.

Baru-baru terdapat laporan daripada media pertahanan antarabangsa mendakwa bahawa Tentera Laut Singapura bakal melengkapkan kapal-kapal frigetnya kelas-Formidable dengan peluru berpandu anti-kapal/darat “Blue Spear” untuk menggantikan peluru berpandu “Harpoon.”

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Kesemua enam buah kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Singapura sedang menjalani kerja-kerja “mid-life upgrades”.

Manakala laporan media Ukraine pada April lepas mengatakan bahawa Estonia yang menggunakan peluru berpandu “Blue Spear” telah bersetuju untuk memindahkan peluru berpandu generasi kelima itu kepada Ukraine.

Bagaimanapun laporan media Ukraine itu telah dinafikan oleh pihak Israel dan Estonia. —  DSA

 

Blue SpearfeaturedIsraelPeluru berpanduSingapura
Comments (0)
Add Comment