(VIDEO) Pesawat China Hampir “Langgar” Pesawat Pengintip Amerika

Dalam insiden yang dilaporkan oleh pihak Amerika Syarikat, pesawat pengintip elektronik RC-135 miliknya terpaksa melakukan tindakan "mengelak" (evasive) selepas pesawat pejuang J-11 China itu berada hanya 3 meter dengan pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu (USAF).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sebuah pesawat pejuang J-11 milik Tentera Laut China hampir “melanggar” pesawat pengintip Amerika Syarikat, RC-135 di ruang udara Laut China Selatan dalam insiden yang berlaku pada 21 Disember lalu.

Dalam insiden yang dilaporkan oleh pihak Amerika Syarikat, pesawat pengintip elektronik miliknya itu terpaksa melakukan tindakan “mengelak” (evasive) selepas pesawat pejuang China itu berada hanya 3 meter pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu (USAF).

“Pesawat RC-135 Amerika Syarikat itu terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan pesawatpejuang China,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak US Indo-Pacific Command (INDOPACOM).

Menurut kenyataan daripada INDOPACOM, juruterbang pesawat pejuang China itu telah melakukan penerbangan secara merbahaya dengan terbang hanya 20 meter di hadapan pesawat RC-135 dan hampir melanggar dengan muncung pesawat Amerika Syarikat itu.

Pesawat pengintip RC-135 merupakan pesawat ISR (Intelligence Surveillance Reconnaisance) dan berfungsi untuk mengintip signal-signal yang dihasilkan oleh radar, radio dan sistem elektronik yang lain.

Pesawat itu dilengkapi peralatan canggih untuk melaksanakan misi-misi pemantauan dan pemintasan Electronic Intelligence (ELINT), Signal Intelligence (SIGINT) dan Communication Intelligence (COMINT).

Pihak tentera Amerika Syarikat juga mengerahkan pesawat di Eropah bagi membantu pihak Ukraine terutamanya untuk memintas dan memantau signal radar, elektronik dan komunikasi oleh pihak Russia.

Untuk misi di Indo-Pasifik, laporan media menyatakan bahawa pihak Amerika Syarikat telah mengerah pesawat RC-135 sebanyak dua kali pada tahun ini, salah satunya pada Ogos ketika Speaker Nancy Pelosi melakukan lawatan kontroversial di Taiwan.

Pesawat RC-135W Rivet Joint milik Tentera Amerika Syarikat didakwa menyamar sebagai pesawat Malaysia.

 

Turut mengiringi lawatan Pelosi ke Taiwan adalah pesawat-pesawat E-3 AEWC, P-8 Poseidon dan E-8 JSTARS.

Pihak tentera Amerika Syarikat turut mengeluarkan video mengenai insiden berkenaan yang menunjukkan pesawat J-11 itu menghampiri pesawat RC-135 daripada arah kiri sebelum ke arah depan dan berlalu.

Pesawat pejuang J-11 China itu pula dilihat membawa empat butir peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (beyond visual range) yang dikenalpasti PL-12 dan dan peluru berpandu jarak dekat PL-8. – – DSA

 

 

 

BerlanggarfeaturedJ-11Laut China SelatanRC-135
Comments (0)
Add Comment