Dron Bersenjata Bayraktar TB2 Bakal Jadi Punca Konflik Serbia-Kosovo?

Hubungan dua hala di antara Kosovo dengan jirannya, Serbia amat tegang pada ketika ini, terutamanya selepas keganasan yang berlaku pada bulan lepas di utara Kosovo sehingga menyebabkan banyak kecederaan kepada anggota tentera dan polis pengaman NATO. Keganasan itu berlaku di bahagian utara Kosovo yang majoriti penduduknya adalah daripada etnik Serbia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Tindakan Kosovo membeli lima buah dron bersenjata, Bayraktar TB2 daripada Turkiye telah menimbulkan kemarahan dikalangan pemimpin-pemimpin negara jirannya, Serbia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Kosovo Albin Kurti telah menayangkan dron Bayraktar TB2 yang diperolehinya daripada Turkiye itu menerusi akaun media sosialnya dan ia telah menyebabkan kemarahan dikalangan pemimpin kerajaan Serbia.

Menurut penganalisis antarabangsa, tindakan Kurti menayangkan dron bersenjata yang turut digunakan oleh Ukraine terhadap aset tentera Russia, merupakan pernyatakan bahawa ia kini mempunyai kemampuan untuk mempertahankan diri daripada provokasi Serbia sekiranya perlu.

Bayraktar TB2

 

Serbia merupakan sekutu kuat kepada Russia dan kempen ketenteraannya di Ukraine.

Sementara itu, kerajaan Serbia menyatakan bahawa perolehan dron bersenjata Bayraktar TB2 oleh Kosovo adalah “tidak boleh diterima” sama sekali.

Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Serbia menyatakan bahawa perolehan dron buatan Turkiye itu akan mempengaruhi corak hubungan diplomatik di antara Belgrade dan Ankara.

Sebagai tindak balas terhadap tindakan Turkiye menjual dron bersenjata itu kepada Kosovo itu, kerajaan Serbia turut telah membatalkan rancangan sendirinya untuk membeli dron-dron bersenjata terbabit daripada negara Mediterannean itu.

Duta Turkiye ke Serbia juga telah dipanggil oleh Kementerian Luar negara itu untuk menyatakan ketidakpuasanhatinya terhadap keputusan Ankara menjual dronnya kepada Kosovo.

Hubungan dua hala di antara Kosovo dengan jirannya, Serbia amat tegang pada ketika ini, terutamanya selepas keganasan yang berlaku pada bulan lepas di utara Kosovo sehingga menyebabkan banyak kecederaan kepada anggota tentera dan polis pengaman NATO.

Selcuk Bayraktar adalah orang yang dibelakang syarikat Baykar yang membangunkan dron “Bayraktar TB2”.

 

Keganasan itu berlaku di bahagian utara Kosovo yang majoriti penduduknya adalah daripada etnik Serbia.

Malah Serbia masih mengakui bahawa wilayah di utara Kosovo itu sebagai miliknya.

Kosovo menuduh kerajaan Serbia menghasut keganasan di utara Kosovo itu dengan memberikan sokongan kepada kumpulan-kumpulan militan yang bertanggungjawab menyerang bangunan-bangunan pejabat kerajaan serta anggota pengaman NATO.

Turkiye dilihat bersedia untuk memainkan peranannya dalam menjamin keselamatan Kosovo selepas Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah enggan “mempertahankan” Kosovo daripada gangguan dan ancaman daripada Serbia.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dilihat teragak-agak untuk memberikan bantuan keselamatan kepada Kosovo kerana ia mahu memujuk Serbia supaya menyebelahinya dan “meninggalkan” sekutu rapatnya, Russia.

Seorang pegawai tentera Ukraine bersama dron “Bayraktar TB2” buatan syarikat Baykar daripada Turkiye.

 

NATO juga tidak bersetuju dengan pembelian dron buat Turkiye itu oleh Kosovo dan mengkritiknya.

Sejak beberapa bulan lepas, kerajaan Kosovo telah meningkatkan pengambilan anggota tentera di kalangan penduduknya serta peruntukan pertahanan, bagi membuktikan bahawa ia berkemampuan untuk mempertahankan dirinya.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Serbia pada 2008, berikutan peperangan pada 1998-1999 dimana Kosovo Liberation Army (KLA) dibantu oleh NATO berjaya menumpaskan tentera Serbia yang bertanggungjawab melakukan kekejaman terhadap penduduk Kosovo.

Lebih daripada 10,500 penduduk Kosovo terbunuh atau hilang, disamping 20,000 wanita dirogol dan lebih 800,000 penduduk dipaksa meninggalkan kediaman mereka. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

BayraktarDronfeaturedKosovoSerbiaTurkiye
Comments (0)
Add Comment