Israel Perkenal Kereta Kebal Terbarunya, “Barak” (Merkava Mark 5)

Dilengkapi dengan sensor terkini dan pemprosesan Artificial Intelligence (AI), kereta kebal utama terkini Israel bakal mempertingkatkan kesiagaan dan kemampuan tentera negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lima tahun dibangunkan, Kementerian Pertahanan Israel dan Israel Defense Force (IDF) mendedahkan kereta kebal utamanya yang terbaru, dikenali dengan nama “Barak”, yang  merupakan varian kereta kebal Merkava generasi kelima atau “Merkava Mark 5”.

Kereta kebal terbaru itu akan digunakan oleh Batalion Armor ke-52, Briged 401 tentera darat Israel.

Dilengkapi dengan sensor terkini dan pemprosesan Artificial Intelligence (AI), kereta kebal utama terkini Israel bakal mempertingkatkan kesiagaan dan kemampuan tentera negara itu.

Pembangunan kereta kebal utama terbaru Israel itu turut melibatkan syarikat-syarikat pertahanan negara itu seperti Elbit Systems, Rafael dan juga anak syarikat kepada Israel Aerospace Industries (IAI), ELTA.

Pembangunan kereta kebal terbaru Israel itu bermula pada tahun 2018.

Barak (Merkava Mark 5)

 

Menurut Kementerian Pertahanan Israel, kereta kebal utama “Barak” dilengkapi dengan “infrastruktur sensor” untuk mengesan sasaran, dengan segala maklumat perisikan boleh dikongsi bersama di antara kereta kebal dengan lain-lain unit di dalam angkatan tentera, menjadikannya suatu revolusi di medan peperangan.

“Kereta kebal Barak akan mempertingkatkan kemampuan dalam usaha mengesan musuh-musuh dan membolehkannya menentang musuh dalam keadaan ia sendiri sukar dikesan dalam semua senario peperangan.”

Kereta kebal terbaru Israel itu dilengkapi dengan penyelesaian khusus oleh syarikat Elbit Systems yang meningkatkan kemampuan “Barak” untuk melihat musuhnya, kemampuan alat pandang malam, sistem kawalan tembakan untuk kereta kebal utama. E-LynX Software-Defined Radios (SDR) serta IronVision Head-Mounted Display 360°.

“Barak” juga akan diberikan perlindungan  Trophy Active Protection System yang dibangunkan oleh syarikat Rafael.

Komander kereta kebal terbaru Israel itu akan dilengkapi dengan helmet yang dibangunkan oleh syarikat Elbit – sama seperti helmet yang dipakai oleh juruterbang pesawat pejuang – yang membolehkan mereka untuk melihat keseluruhan kawasan persekitaran mereka dan memaparkan maklumat berkaitan tentang keadaan peperangan terkini.

Barak (Merkava Mark 5)

Menurut syarikat Elbit, helmet canggih yang digelar olehnya “IronVision” menghasilkan imej uang membolehkan krew-krew kereta kebal itu untuk melihat kawasan luar kenderaan kombat itu dan membantu anggota tentera mengatasi penglihatan yang terhad dan di dalam masa yang sama memperbaiki keberkesanan misi dan keselamatan.

“Sistem helmet itu akan membolehkan penglihatan 360 darjah dengan hanya memusingkan kepala dan mengesan sasaran dalam keadaan real-time dengan bantuan kemampuan Artificial Intelligence,” menurut Kementerian Pertahanan Israel.

Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant berkata kereta kebal “Barak” adalah suatu lonjakan dalam kemampuan Kor Armor negara itu yang menjamin kelebihan kualitatifnya dalam segala fasa serangan dan pertahanan.

 Kereta kebal Merkava yang digunakan oleh tentera Israel mula diperkenalkan pada tahun 1979 dengan varian pertamanya dikenali sebagai “Merkava Mark 1”.

Helmet “IronVision”

 

Varian kereta kebal utama Merkava Mark II, mula diperkenalkan kepada perkhidmatan tentera Israel pada 1983, sebelum ia digantikan dengan varian lebih terkini iaitu Merkava Mark III yang dihasilkan di antara 1989 hingga 2003.

Kereta kebal Merkava Mark 1V mula diperkenalkan selepas 2003 dan kini Merkava Mark V atau dikenali sebagai “Barak.” — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

BarakfeaturedIsraelMerkava Mark 5
Comments (0)
Add Comment