Badan Pemikir Antarabangsa, IISS Beri 3 Sebab Punca Pencerobohan Pesawat China Di Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan berkata bahawa ia telah mengesan “penerbangan mencurigakan” 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei lepas.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Badan pemikir antarabangsa, The International Institute for Strategic Studies (IISS) yang berpengkalan di London telah memberikan tiga sebab yang mungkin mendorong China untuk mengerah  16 pesawat tenteranya untuk menceroboh ruang udara Malaysia pada 31 Mei lepas.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan berkata bahawa ia telah mengesan “penerbangan mencurigakan” 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei lepas.

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut menurut TUDM telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. “

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” menurut TUDM.

Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei lepas. (kredit TUDM)

 

Menurut badan pemikir antarabangsa itu yang juga mempunyai pejabat di seluruh dunia, Sebab Pertama adalah – berkemungkinan kerana Beijing mahu memberi amaran kepada Malaysia supaya tidak mengeksploitasi sumber minyak dan gas asli kemungkinan yang berada di sekitar perairan Beting Patinggi Ali.

Malaysia setakat ini menurut IISS,  enggan melayan desakan-desakan daripada China yang mahukan kedua-dua negara itu mengadakan usahasama untuk mengeksploitasi sumber minyak dan gas di kawasan perairan terbabit.

Minyak dan gas asli merupakan salah satu daripada foreign exchange earner yang penting bagi Malaysia.

Malaysia menurut badan, enggan tunduk kepada desakan China disebabkan kawasan perairan itu berada di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) serta di Pelantar Benua (Continental Shelf) dan Kuala Lumpur mempunyai hak sepenuhnya terhadap sumber asli di kawasan itu.

Negara tidak mempedulikan tuntutan bertindih China terhadap kawasan perairan itu.

IISS dalam laporannya mengatakan bahawa ia difahamkan bahawa Kuala Lumpur baru sahaja meluluskan projek lapangan pembangunan gas asli Kasawari yang bakal menghasilkan kira-kira 900 cubic of gas dalam satu hari.

Lapangan gas Kasawari.

Selain projek projek pembangunan gas Kasawari, Petronas sejak beberapa bulan yang lepas juga telah mengumumkan beberapa penemuan minyak dan  gas di kawasan berhampiran dengan Beting Patinggi Ali atau nama antarabangsanya, “Luconia Shoals.”

“Penerbangan pesawat-pesawat tentera China itu berkemungkinan adalah amaran geopolitik supaya (Kuala Lumpur) tidak meneruskan (projek) itu, “ kata laporan itu.

Sebab Kedua – mungkin pencerobohan 16 pesawat China itu adalah penerbangan latihan bertujuan menonjolkan kemampuan pengangkutan taktikal (tactical airlift) angkatan tentera China.

Menurut jangkaan,  penerbangan 16 buah pesawat pengangkut adalah cukup untuk mengangkut satu battalion anggota tentera (combined arms).

“Demonstrasi (kemampuan) itu mungkin bukan untuk disasarkan kepada Malaysia sahaja. Baru-baru ini, Tentera Udara China dikatakan akan memindahkan sebahagian daripada operasinya daripada Selat Taiwan kepada Laut China Selatan,” menurut IISS.

Sebab Ketiga – kehadiran 16 pesawat tentera China di ruang udara Malaysia berkemungkinan satu usaha untuk Tentera Udara China “memeriksa”kemampuan sistem pertahanan udara Malaysia dalam menangani pencerobohan pesawat asing.

“Ia mungkin juga mahu melihat kemahuan politik (Malaysia) untuk memintas pesawat-pesawat China itu,” kata badan pemikir antarabangsa itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Beting Patinggi AliCerobohChinaIISSMalaysia
Comments (0)
Add Comment