Browsing author

admin

Wartawan Pertahanan/Keselamatan

Imej Pesawat Generasi Ke-Enam AS Tersebar

(Defence Security Asia) — Beberapa hari lalu, dunia pertahanan digemparkan apabila tentera udara Amerika Syarikat mengumumkan ia telah berjaya menerbangkan sebuah prototaip pesawat kombat Generasi Ke-Enam. Penganalisis mengatakan ia adalah pesawat generasi masa depan Amerika Syarikat yang diklasifikasikan sebagai “Next Generation Air Dominance Program.” Ketika Amerika Syarikat sudah berjaya menghasilkan pesawat generasi ke-enam,  Russia, China […]

Thai Musuhi M’sia Kerana Kapal Selam?

(Defence Security Asia):Nampaknya, Thailand telah menggunakan Malaysia sebagai “bogeyman” (musuh dalam bayangan) di dalam usahanya untuk memenuhi impian sejak sekian lama untuk melengkapkan angkatan tenteranya dengan tiga buah kapal selam daripada China. Bangkok telah melaungkan bahawa tujuan utama disebalik keghairahannya mendapatkan kapal selam adalah untuk bersaing dengan Malaysia yang telah pun memiliki dua buah kapal […]

China Bakal Bina Kemudahan Tentera Di Kemboja?

Amerika Syarikat telah bertindak menyenaraihitam sebuah syarikat China yang sedang membangunkan satu projek yang kontroversi di Kemboja membabitkan pembinaan pelabuhan, lapangan terbang dan kompleks peranginan yang besar bernilai US$3.8 billion. Syarikat China yang disenarai hitam oleh Washington itu adalah Union Development Group Co Ltd yang sedang membangunkan projek Dara Sakor, berhampiran kawasan pesisiran pantai negara […]

Adakah Dua Rakyat M’sia Yang Ditahan Merupakan Perisik Siber China?

Amerika Syarikat mendakwa tujuh penggodam (hackers), terdiri daripada lima rakyat  China dan dua Malaysia bertindak mencuri identiti serta teknologi permainan, menuntut wang tebusan selain mengintip aktivis Hong Kong. Dua rakyat tempatan itu telah pun ditahan dan Washington sedang memohon supaya mereka diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan, manakala lima rakyat China itu masih bebas. […]

Sabah dan Sarawak Akan Terus Dipertahan “Tanpa Kompromi” – PM

Sempena perayaan sambutan Hari Malaysia yang disambut di Sibu, Sarawak hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan soal kedaulatan Sabah dan Sarawak “akan terus kita pertahankan tanpa sebarang kompromi.” Admin harap Presiden Rodrigo Duterte atau Menteri Luarnya yang celupar Teddy “Boy” Locsin dapat membaca ucapan Muhyiddin itu. Ucapan Perdana Menteri itu juga ditujukan […]

“Permainan” Bahaya Amerika Syarikat di Laut China Selatan

Tindakan sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat, RC-135W Rivet Joint menyamar secara elektronik sebagai sebuah pesawat awam Malaysia di Laut China Selatan minggu lepas merupakan satu tindakan yang amat berbahaya. Ia mengembalikan kita semua, rakyat Malaysia, kepada peristiwa yang amat menyedihkan pada 17 Julai 2014 apabila pesawat MH17 Penerbangan Malaysia ditembak jatuh ketika terbang di ruang […]

Shenzhen Zhenhua Data Technology, front bagi agensi perisikan China?

Semalam kita didedahkan tentang bagaimana sebuah syarikat teknologi kecil China dikenali, Shenzhen Zhenhua Data Technology telah mencuri maklumat daripada jutaan individu diseluruh dunia termasuk Malaysia. Syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan agensi perisikan China itu didakwa telah mencuri maklumat tentang 1,400 rakyat Malaysia. Sudah pasti pihak berkuasa negara ini juga hendak tahu identiti rakyat Malaysia […]

“Jangan Layan Tuntutan Filipina Terhadap Sabah” – Hishammuddin

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal yang mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan Filipina berkenaan tuntutan negara itu terhadap Sabah. Hishammuddin melahirkan rasa kecewanya terhadap cadangan Shafie itu yang juga merupakan presiden parti Warisan di Sabah. Shafie sebelum ini telah menyatakan kesediannya untuk mengadakan rundingan dengan Manila […]

Virus COVID-19 dihasil di makmal Institut Virologi Wuhan?

KUALA LUMPUR, Sept 14 (Defence Security Asia) — Semalam pakar virologi China, Dr Li Meng Yan yang melarikan diri daripada China dan kini hidup bersembunyi mendakwa virus COVID-19 merupakan buatan manusia dan dihasilkan daripada sebuah makmal di Wuhan. Beliau membuat pendedahan itu dalam satu rancangan rancangan terbitan di Britain bertajuk “Loose Women.” Menerusi panggilan video […]

Syarikat China berkait agensi perisikan kumpul data 1,400 rakyat M’sia

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Defence Security Asia) — Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati selepas ini kerana sebuah firma China yang mempunyai hubungan dengan tentera dan rangkaian perisikan di negara itu didakwa telah mengumpulkan maklumat profil 1,400 rakyat Malaysia. Laporan khas yang dihasilkan oleh ABC News yang berpusat di Australia dan dipetik oleh Malaysiakini hari ini […]