Amerika Mahu Turkiye Bayar Gantirugi US$30 Juta Kerana Terpaksa “Simpan” F-35 Milik Turkiye
Amerika Syarikat dilaporkan meminta Turkiye membayar sejumlah US$30 juta (RM135 juta) sebagai gantirugi kerana terpaksa melakukan penyelenggaraan teknikal terhadap enam buah pesawat pejuang F-35 milik negara Mediterranean yang kini disimpan di negara Amerika Utara itu.