Browsing author

admin

Wartawan Pertahanan/Keselamatan

ESSCOM Tahan 3 Warga Asing, Pistol dan Peluru Ditemui

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin berjaya menumpaskan beberapa kes curi dan rompak yang berlaku di kawasan perairan Inderasabah, Tawau dengan penahanan tiga  suspek penjenayah warga asing dalam 2 serbuan berasingan di daerah ini. Komander ESSCOM DCP Dato’ Ahmad Fuad berkata ketiga-tiga suspek telah berjaya […]

Sistem Radar “Kontenyer”, 3,000km dan 5,000 Sasaran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 1 Disember tahun lepas, tentera Russia mula menggunakan radar jarak jauh terbarunya yang dinamakan “Konteyner” (Container) untuk memantau ancaman yang datang daripada jet pejuang, peluru berpandu ballistic, kruis dan lain-lain lagi. Jarak effektif radar “Konteyner” ini adalah 3,000km, 100km altitude dan mampu memantau kira-kira 5,000 sasaran pada satu-satu masa, membuatkan […]

[Video] Saksikan Ujian Penembakan S-400 “Triumf” Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Saksikan latihan penembakan peluru berpandu S-400 “Triumf” oleh Rejimen Pertahana Udara ke-568 Tentera Russia di satu lokasi yang dinamakan “Kasputin Yar”. Kasputin Yar ini adalah kawasan ujian pelancaran roket dan pelbagai ujian saintifik yang lain Astrakhan Oblast, kira-kira 100km daripada Volgograd. (Saksikan ujian penembakan peluru berpandu sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” […]

Dari Terumbu Karang ke Pengkalan Tentera China di Spratly

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di antara tahun 2013 hingga 2017, China telah membelanjakan berbilion dollar untuk menambak secara besar-besaran tujuh terumbu karang dan ciri-ciri maritim yang didudukinya secara haram di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan. Hasilnya, ketujuh-tujuh terumbu karang dan ciri maritim China itu kini menjadi pulau-pulau buatan manusia yang penting daripada segi ketenteraan dalam […]

Kapal China “Bertenggek” 287 Hari Di Beting Patinggi Ali

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sepanjang 1 Disember, 2019 hingga 30 November, 2020, China telah meletakkan kapal-kapal pengawal pantainya di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoal) , yang terletak tidak jauh daripada pantai Sarawak, selama 287 hari di dalam setahun. Ya, 287 hari dalam setahun kapal-kapal China “bertenggek” di Beting Patinggi Ali sebagaimana laporan Asia Maritime Transparency […]

[Update] Dua Anggota PGA Hilang Malam Tadi Ditemui Mati

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhbar Harian Metro melaporkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan hilang ketika menjalankan rondaan di hulu Baram, Sarawak malam tadi telah ditemui meninggal dunia hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian mereka. “Kedua-duanya telah dijumpai dan meningggal dunia dan […]

Apa Sudah Jadi Dengan Kapal Selam Indonesia, “Alugoro”?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – APA SUDAH JADI … merupakan pertanyaan yang berlegar-legar dipemikiran sesetengah media Indonesia tentang nasib yang menimpa kapal selam buatan tempatan pertama Indonesia “Alugoro” yang sepatutnya sudah siap dan diserahkan kepada tentera laut negara itu. Menurut CNBC Indonesia, kapal selam itu yang dibina sepenuhnya dalam negara oleh syarikat pembuat kapal tempatan, PT […]

Malaysia Minat Beli “KALKA”, Sistem Anti-Dron Buatan Turki?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia dikatakan adalah salah sebuah negara yang berminat untuk mendapatkan sistem amaran awal untuk menangani ancaman Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) dipanggil “KALKA”, yang dibangunkan oleh syarikat Turki. “KALKA” dibangunkan oleh National War Technologies Defense System Inc  yang beribupejabat di selatan Antalya, Turki. Sistem amaran awal anti dron/UAV “KALKA.” Sebagaimana yang dilaporkan […]

[Video] “Terminator” Bakal Diserap Ke Dalam Tentera Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan kemampuan yang ditonjolkannya di Syria, tentera Russia kini menimbang kemungkinan untuk menyerap perkhidmatan kenderaan bantuan kereta kebal yang dinamakan sebagai “Terminator” di dalam angkatan tenteranya. Baru-baru ini, tentera Russia menerima lapan buah “Terminator” untuk menjalani ujian lanjut sebelum diterima masuk dalam perkhidmatan. Guards Tank Division di Central Military District merupakan […]

[Video] ATM Mahu Penggunaan Lebih Meluas Dron Di Sempadan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjangkakan operasi pemantauan dan kawalan di sempadan negara dapat dilaksanakan lebih berkesan dengan menggunakan aset dron secara lebih meluas. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata selain dapat digerakkan dengan pantas pada bila-bila masa dan dapat memantau kawasan yang lebih luas, aset itu juga dilihat sangat […]