Amerika “Tawan” KA-52 “Alligator” Russia, Jadikan Bahan Kajian
Sejak bermulanya konflik di Ukraine, beberapa sistem persenjataan “berprofil tinggi” Russia dikatakan telah menjadi milik Amerika Syarikat untuk dijadikan bahan kajian oleh pakar-pakar persenjataan negara itu dan perkara yang sama juga berlaku di mana Russia juga menggunakan peluang untuk melihat dengan lebih dekat sistem persenjataan buatan “musuhnya” itu.