JS Izumo, JS Kaga Pastikan Impian Jepun Miliki Kapal Pengangkut Pesawat Tercapai
Semakin hari, kapal “helicopter destroyer” milik Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) “JS Kaga” (DDH -184) semakin kelihatan seperti sebuah kapal pengangkut pesawat, hasil daripada kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan di sebuah limbungan kapal negara ini.