TUDM Jangka Terima Pesawat Peronda Maritim ATR 72 MPA Pada 2026

Sementara menunggu kehadiran dua buah pesawat ATR72 MPA pada 2026, TUDM memiliki tiga buah pesawat pengangkut CN235 yang telah diubahsuai kepada varian MSA (Maritime Surveillance Aircraft), dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat dibawah program Maritime Security Initiative (MSI).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan bahawa negara dijangka mula menerima pesawat peronda maritim ATR72 MPA pada tahun 2026 bagi mengukuhkan lagi pengawasan kawasan maritim negara terutamanya di Laut China Selatan.

Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dipetik berkata demikian oleh agensi berita nasional BERNAMA di Kota Kinabalu semalam ketika majlis penutup Eksesais Angkasa Samudera (ANGSA) 2023.

Sementara menunggu kehadiran dua buah pesawat ATR72 MPA pada 2026, TUDM memiliki tiga buah pesawat pengangkut CN235 yang telah diubahsuai kepada varian MSA (Maritime Surveillance Aircraft), dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat dibawah program Maritime Security Initiative (MSI).

ATR72 MPA

 

Sebagai sebuah negara maritim, keperluan untuk memiliki pesawat peronda maritim untuk memantau kawasan perairan negara yang amat luas adalah amat mendesak.

Apatah lagi, kedaulatan negara di Laut China Selatan itu diancam aktiviti pencerobohan oleh kapal-kapal milik China.

Kementerian Pertahanan dan syarikat Leonardo, syarikat pembina pesawat ATR72 MPA menandatangani perjanjian perolehan dua buah pesawat itu dianggar melebihi RM700 juta ketika pameran LIMA 2023 di Langkawi pada Mei lalu.

Dibawah program CAP55 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), negara merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya enam buah pesawat peronda maritim, dengan perolehannya meliputi beberapa Rancangan Malaysia.

Dua buah pesawat peronda maritim itu telah pun diperolehi pada Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) dan empat lagi akan diperolehi dalam dua buah rancangan pembangunan lima tahun yang akan datang.

Dipromosikan sebagai pesawat dengan kos operasi yang rendah, ATR 72MP adalah platform peronda maritim berkeupayaan tinggi yang boleh melaksanakan misi peperangan anti-kapal selam (ASuW), peperangan anti-permukaan (ASW_ serta misi-misi perisikan elektronik (ELINT).

Sistem “ATOS”
(Airborne Tactical Observation and Surveillance system) di dalam pesawat ATR 72 MPA.

 

Untuk misi-misi ELINT, ASW dan ASuW, pesawat peronda maritime itu dilengkapi dengan peralatan dan sub-sistem pilihan termasuk Defensive Aids Sub-System (DASS) bagi membolehkannya beroperasi di kawasan musuh, sistem untuk menyimpan dan melancar sonobuoys dan akustik subsistem.

Selain itu, pesawat ATR 72MPA itu juga dilengkapi dengan dengan ULISSES (Ultra-LIght SonicS Enhanced System), yang merupakan sistem penderia akustik bersepadu direkabentuk untuk “mendengar” kehadiran kapal-kapal selam musuh dan menentukan kedudukan mereka.

Pesawat peronda maritim pilihan Malaysia itu juga berkeupayaan membawa dua buah torpedo ringan tetapi tiada kepastian sama ada negara akan melengkapkan pesawat itu torpedo.

Pesawat ATR 72MP itu berkemampuan beroperasi dalam suasana rondaan maritim paling kompleks kerana ia dilengkapi dengan sistem perlaksanaan misi Airborne Tactical Observation and Surveillance (ATOS) terdiri daripada radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “Seaspray 7300E” , penderia elektro optical dengan kamera monochrome dan berwarna.

Selain itu, pesawat juga dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS) dan Airborne Search and Rescue Direction Finder (ASARSDF).

Pesawat Peronda Maritim (MPA) “ATR 72MPA” dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

 

Pesawat ATR 72 MP keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan kelengkapan Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) bagi membolehkannya memantau trafik di laluan perkapalan, perlindungan kawasan perikanan, anti-penyeludupan dan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta Search and Rescue (SAR).

Pesawat rondaan maritim itu boleh berada di udara untuk melaksanakan misi melebihi tempoh selama 8 jam.

Maximum take-off weigh pesawat peronda maritim ini adalah 23 tan dan ia berkemampuan terbang selaju 465km sejam serta terbang setinggi 25,000 kaki. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ATR 72 MPAfeaturedmaritimPesawatTUDM
Comments (5)
Add Comment