ATM Pamer Kenderaan “All Terrain Vehicle” Untuk OP BENTENG

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Malaysia telah mempamerkan kenderaan All-Terrain Vehicle (ATV) yang akan digunakan oleh anggota tentera darat yang terlibat mengawal sempadan negara di bawah OP BENTENG.

Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain mencuba sendiri kenderaan ATV ketika mengadakan Lawatan Pemeriksaan Perolehan Kenderaan Operasi OP BENTENG  di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP) di Kem Batu Kantonment, semalam.

Deretan kenderaan ATV Tentera Darat. (gambar kredit Tentera Darat)

Taklimat mengenai kenderaan itu telah diberikan oleh pengarah urusan syarikat Go Auto Sdn Bhd Datuk SM Azli SM Nasimuddin. Selain kenderaan All Terrain Vehicle itu, trak satu tan GS Kargo turut diperolehi untuk kegunaan anggota pada OP BENTENG.

Menurut Tentera Darat, penerimaan aset terbaru ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Panglima Tentera Darat ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur Tentera Darat berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Trak 1 Tan GS Kargo. (gambar kredit Tentera Darat)

Turut berada pada pemeriksaan aset tersebut adalah Panglima Lojistik Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Md Fuad Abdul Jalil dan pegawai-pegawai kanan tentera darat yang lain.

OP BENTENG diaktifkan sejak Mei lalui bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia

 

 

 

Semua gambar kredit Tentera Darat Malaysia.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

1 Tan GS KargoAll Terrain VehicleGS AutoPanglimaTan Sri Zamrose Mohd ZainTentera Darat