Aset TLDM Selamat Dua Penyelam Rekreasi Hampir Lemas Di Stesen Jarak

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang semalam (Sabtu), anggota TLDM yang sedang bertugas dan melaksanakan rondaan di Stesen Jarak TLDM telah mengesan dua orang penyelam yang sedang bergayut kepada sebuah pelampung berwarna merah berhampiran Stesen.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan asetnya bagi membantu menyelamatkan dua penyelam rekreasi yang hampir lemas ketika melaksanakan aktiviti menyelam berhampiran dengan Stesen Jarak TLDM.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang semalam (Sabtu), anggota TLDM yang sedang bertugas dan melaksanakan rondaan di Stesen Jarak TLDM telah mengesan dua orang penyelam yang sedang bergayut kepada sebuah pelampung berwarna merah berhampiran Stesen.

Tindakan pantas petugas tersebut telah berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa yang dalam keletihan dan mengalami dehidrasi.

TLDM

 

Mereka seterusnya telah diperiksa dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa tersebut merupakan lelaki warga tempatan yang masing-masing berumur 34 dan 36 tahun.

KD LEKIU yang sedang dalam penugasan Op BENTENG LAUT dan merupakan aset terhampir dengan lokasi kejadian telah diarahkan untuk memberikan bantuan awal bagi proses pemindahan kedua-dua mangsa tersebut.

TLDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Dua buah Fast Combat Boat (FCB) dari Markas Pemerintahan Armada Barat telah diaturgerak ke Stesen Jarak TLDM bagi membawa pulang dua orang mangsa tersebut ke Tambatan Pangkalan TLDM Lumut sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk membuat laporan lanjut kejadian. 

Orang awam dinasihati untuk memaklumkan sebarang pelaksanaan aktiviti maritim yang berisiko seperti ini kepada pihak berkuasa seperti APMM, Polis Diraja Malaysia atau TLDM sebelum melaksanakan sebarang aktiviti di laut.

Selain berperanan sebagai maklumat kepada pihak berkuasa maritim yang berdekatan, ia juga bagi menentukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, bantuan dapat disalur dan diaturgerak dengan lebih pantas. — DSA

KD Lekiu

 

featuredPenyelamStesen JarakTLDM
Comments (0)
Add Comment