Komander Tentera Ukraine Kritik AMX-10RC Buatan Perancis Kerana Armor Terlalu “Nipis”

Seorang komander tentera Ukraine menyatakan bahawa kenderaan Infantry Fighting Vehicles (IFV) AMX-10RC sumbangan Perancis yang kadangkala juga dipanggil kereta kebal ringan – tidak sesuai untuk beraksi di barisan hadapan di Ukraine kerana armornya yang terlalu nipis.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa bulan lepas, Presiden Ukraine Volodymr Zelensky mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatan Perancis-nya, Emmanuel Macron kerana membekalkan kereta kebal ringan untuk digunakan tentera Ukraine.

Bagaimanapun seorang komander tentera Ukraine menyatakan bahawa kenderaan Infantry Fighting Vehicles (IFV) AMX-10RC sumbangan Perancis yang kadangkala turut dipanggil kereta kebal ringan – tidak sesuai untuk beraksi di barisan hadapan di Ukraine kerana armornya yang terlalu nipis.

Beliau berkata, kenderaan IFV AMX-10RC tidak sesuai untuk operasi serangan di barisan hadapan kerana armornya yang nipis dan keadaan itu telahpun mengorbankan empat anggota tentera Ukraine.

Pada April lalu, tentera Ukraine menyatakan bahawa kenderaan IFV Perancis itu yang direka untuk operasi pemantauan dan serangan kereta kebal musuh telah pun berada di negara itu dan bersedia untuk digunakan terhadap tentera Russia.  

Komander tentera Ukraine berusia 34 tahun dikenali dengan panggilan “Spartanets” berkata, disebabkan armornya yang nipis kenderaan IFV AMX-10RC itu hanya sesuai untuk digunakan sebagai bantuan tembakan dan bukan berada di barisan hadapan.

“Dalam satu kejadian yang malang, seorang anggota tentera telah menemui maut di dalam kenderaan IFV itu.

“Berlaku letupan artileri berhampiran kenderaan dan serpihan daripada letupan itu telah menembusi kenderaan IFV itu menyebabkan peluru-peluru dibawa kenderaan itu meletup, membunuh empat orang krew kenderaan itu,” katanya.

Menurut komander tentera Ukraine itu lagi, meriam AMX-10RC itu adalah baik dan komponen penjejakan sasaran juga adalah baik, namun armornya yang nipis membuatkan ia tidak praktikal digunakan di barisan hadapan.

Katanya, terdapat juga insiden di mana peluru meriam 152mm telah meletup berhampiran kenderaan itu dan serpihan peluru itu telah menembusi armor AMX-10 itu.

Selain itu katanya, kenderaan IFV sumbangan Perancis itu mempunyai isu di bahagian kotak gearnya, berkemungkian kerana penggunaan di jalan-jalan tidak berturap.

“Hanya menghantar kenderaan IFV AMX-10 ke kawasan kombat untuk dimusnahkan, saya berpendapat ia adalah tidak praktikal dan risikonya terhadap krew kenderaan itu,” kata Spartanets.

Kerajaan Perancis dipercayai telah membekalkan lebih daripada 10 buah kenderaan IFV AMX-10RC milik untuk digunakan oleh tentera Ukraine dalam serangan balas musim bunga yang dilancarkan baru-baru ini.

Kenderaan IFV AMX-10RC seberat 20 tan dan beroda itu turut dilengkapi dengan meriam 105mm, digunakan untuk memburu kereta-kereta kebal musuh. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AMX-10RCfeaturedKomanderPerancisUkraine
Comments (0)
Add Comment