Amerika Wujud “Super Skuadron” 31 Buah Pesawat Pejuang F-16 di Korea Selatan

Tentera Udara Amerika Syarikat telah mewujudkan “Super Skuadron” sebanyak 31 buah pesawat pejuang F-16 di salah sebuah pangkalan udara terpenting negara itu di Korea Selatan, ketika ketegangan di Semenanjung Korea itu memuncak akibat sikap agresif dan provokasi Korea Utara.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat telah mewujudkan “Super Skuadron” sebanyak 31 buah pesawat pejuang F-16 di salah sebuah pangkalan udara terpenting negara itu di Korea Selatan, ketika ketegangan di Semenanjung Korea itu memuncak akibat sikap agresif dan provokasi Korea Utara.

Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, inisiatif untuk mewujudkan “Super Skuadron” 31 buah F-16 di Pangkalan Udara Osan yang terletak di Pyeongtaek akan dilaksanakan untuk tempoh satu tahun.

Dibawah pelan untuk mewujudkan “Super Skuadron” 31 buah pesawat pejuang F-16 itu, sejumlah sembilan pesawat pejuang F-16 daripada 8th Fighter Wing di Pangkalan Udara Kunsan akan dipindahkan ke 36th Fighter Squadron di Pangkalan Udara Osan.

Turut dipindahkan adalah 150 kakitangan sokongan termasuk juruteran daripada Pangkalan Udara Kunsan ke Pangkalan Udara Osan.

“Ia ( Super Skuadron) adalah untuk menguji sama ada kewujudan skuadron pesawat pejuang yang lebih besar akan meningkakan keberkesanan latihan dan kemampuan kombat.”

“Ia memberikan peluang kepada kami untuk melihat sama saiz Super Skuadron ini akan meningkatkan keberkesanan latihan dan meningkatkan kemampuan kombat sekiranya deterren gagal,” kata Komander 7th Air Force Lt Gen David Iverson dalam satu kenyataan.

Kewujudan “Super Skuadron” di Pangkalan Udara Osan itu meningkatkan pesawat pejuang F-16 daripada 22 buah kepada 31 buah pesawat pejuang yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.

Secara kebiasaannya, sebuah skuadron memiliki di antara 18 buah hingga 24 buah pesawat pejuang.

Langkah Tentera Udara Amerika Syarikat mewujudkan “Super Skuadron” 31 buah pesawat pejuang F-16 di Korea Selatan itu, sebenarnya, adalah untuk mengekalkan kehadiran yang robust di rantau yang penting tetapi sentiasa bergolak daripada segi geo-politiknya.

Pangkalan Udara Osan itu terletak kira-kira 60km di selatan ibu negara, Seoul merupakan hab yang amat penting untuk operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Korea Selatan dan memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan strategi tenteranya di Semenanjung Korea.

Langkah Amerika Syarikat mewujudkan “Super Skuadron” 31 buah pesawat pejuang F-16 di Korea Selatan juga menunjukkan Washington dan sekutunya sentiasa mengubahsuai strategi tentera mereka untuk menangani ancaman yang sentiasa berubah di rantau itu.

Ia juga menunjukkan peningkatan latihan dan kemampuan kombat adalah tunjang kepada pengekalan kekuatan sesebuah angkatan tentera.

Tentera Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa ia mengumpul segala data berkenaan prestasi “Super Skuadron” itu termasuk jumlah penerbangan (sortie) dan keperluan sokongan lojistik.

“Apa-apa maklumat daripada kewujudan ‘Super Skuadron’ akan digunakan untuk keperluan masa depan bagi apa-apa perancangan masa depan berkenaan konfigurasi skuadron pesawat pejuang dan strategi kerahannya.”

Pangkalan Udara Osan yang terletak berhampiran ibu negara, Seoul merupakan pangkalan hadapan bagi operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Asia Timur.

Pangkalan udara itu menyokong pelbagai misi ketenteraan Amerika Syarikat termasuk pertahanan udara, pemantauan dan serangan. — DSA

 

AmerikaF-16featuredOsan
Comments (0)
Add Comment