Amerika Batal Program Pembangunan Helikopter Selepas Belanja US$2 Bilion (RM9 Bilion)

Selain telah membelanjakan US$2 bilion (RM9 bilion) setakat ini untuk program pembangunan helikopter  penyerang pemantau itu yang kini dibatalkan,  ia juga telah memohon peruntukan tambahan US$5 bilion (RM22.5 billion) untuk lima tahun akan datang.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Amerika Syarikat telah membatalkan program helikopter penyerang pemantaunya yang baru dinamakan “Future Attack Reconnaisance Aircraft” (FARA), walaupun telah membelanjakan US$2 billion (RM9 bilion) setakat ini.

Selain telah membelanjakan US$2 bilion (RM9 bilion) setakat ini untuk program pembangunan helikopter  penyerang pemantau itu yang kini dibatalkan,  ia juga telah memohon peruntukan tambahan US$5 bilion (RM22.5 billion) untuk lima tahun akan datang.

Menurut media-media pertahanan Amerika Syarikat, pembatalkan program pembangunan helikopter penyerang pemantau baru untuk tentera negara itu merupakan salah satu keputusan pembatalan program paling besar dalam sejarah tentera negara itu.

Keputusan untuk membatalkan program pembangunan helikopter penyerang pemantau itu diumumkan sendiri oleh Ketua Staf Tentera Darat Amerika Syarikat Jeneral Randy George.

“Kita telah mempelajari daripada medan-medan peperangan terutamanya di Ukraine bahawa aspek pemantauan udara telah berubah secara asasnya. Komponen sensor dan senjata yang dibawa oleh sistem udara tanpa pemandu adalah lebih berkesan, lebih jauh jaraknya dan lebih murah berbanding sebelum ini,” kata beliau.

Helikopter Raider X oleh syarikat Sikorsky.

 

Tentera Darat Amerika Syarikat menyatakan ia akan meningkatkan perbelanjaan untuk sistem pesawat tanpa pemandu selepas kajian tentang keadaan medan peperangan pada masa kini.

Program pembangunan helikopter pemantau penyerang terbaru bagi menggantikan helikopter OH-58 Kiowa itu dilancarkan pada 2018, dengan dua buah syarikat pembuat helikopter terkenal negara itu, Sikorsky dan Bell sedang bersaing hebat.

Helikopter pemantau OH-58 Kiowa itu telah pun ditamatkan perkhidmatannya pada 2017 dan tugas-tugas pemantauan kini dipikul oleh helikopter penyerang AH-64 Apache yang lebih mahal.

Tentera Amerika menjangkakan pada tahun 2030, helikopter pemantau penyerang terbaru itu akan mula terbang bagi menggantikan helikopter penyerang Apache AH-64 dan juga OH-58 Kiowa yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2017.

Helikopter FARA tentera Amerika Syarikat bukan sahaja lebih laju, malah lebih berbahaya dan direkabentuk untuk sama-sama beroperasi dengan Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV), menjadikannya kombinasi yang ditakuti oleh musuh.

Sikorsky menampilkan helikopter Raider X manakala syarikat Bell pula membangunkan helikopter 360 Invictus untuk merebut kontrak bagi helikopter pemantau terbarru tentera darat Amerika Syarikat itu.

Prototaip kedua-dua helikopter pemantau yang sedang dibangunkan oleh syarikat Sikorsky dan Bell dijangka melakukan penerbangan sulung pada tahun ini.

Syarikat Bell Textron telah pun mendedahkan helikopter penyerang “Invictus 360” itu kepada awam pada 2019 dan menjelang tahun 2024, helikopter yang mempunyai rekabentuk amat menarik itu dijangka melakukan penerbangannya yang pertama.

Helikopter “Invictus 360” ini direkabentuk berdasarkan kepada satu lagi helikopter syarikat Bell iaitu “Bell 525 Relentless” yang direka untuk kegunaan awam dan boleh membawa sehingga 19 orang penumpang.

Helikopter Invictus 360 direkabentuk untuk menggantikan helikopter Apache AH-64 dan akan hanya memiliki empat bilah kipas tetapi crusing speed helikopter penyerang itu akan melebih 330km sejam untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Amerika Syarikat.

Sementara itu, Sikorsky menampilkan program helikopter penyerangnya, “Raider X”, yang menggunakan konsep co-axial rotor seperti mana yang banyak digunakan oleh helikopter penyerang buatan Russia.

Helikopter “Raider X” direkabentuk untuk mencapai kelajuan 460km sejam dengan pilot serta gunner duduk bersebelahan dan tidak seperti helikopter Invictus yang secara tandem.

Dibawah keperluan yang digariskan oleh Tentera Darat Amerika dibawah program FARA itu, helikopter penyerang yang akan menggantikan Apache AH-64 itu mesti memiliki kelajuan lebih daripada 370km sejam. — DSA

AmerikaBatalfeaturedHelikopter
Comments (0)
Add Comment