Amerika Didakwa Gulingkan PM Bangladesh Kerana Beliau Enggan Serahkan Pulau Saint Martin

Menurut bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, Amerika Syarikat bertindak menggulingkannya selepas beliau enggan mematuhi kehendak Washington supaya menyerahkan Pulau Saint Martin milik Bangladesh, yang terletak di utara Teluk Bengal (Bay of Bengal).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang melarikan diri ke India minggu lepas mendakwa bahawa Amerika Syarikat merupakan dalang utama yang menyebabkan beliau digulingkan.

Menurutya, Amerika Syarikat bertindak menggulingkannya selepas beliau enggan mematuhi kehendak Washington supaya menyerahkan Pulau Saint Martin milik Bangladesh, yang terletak di utara Teluk Bengal (Bay of Bengal).

Walaupun pulau yang terletak di utara Teluk Bengal itu hanya berkeluasan tiga kilometer persegi, tetapi kedudukan dan kepentingannya daripada segi geo-politik adalah amat strategik dikalangan negara-negara serantau.

Amerika Syarikat dakwa beliau mahu menjadikan pulau batu karang itu sebagai pangkalan tenteranya.

 “Saya meletakkan jawatan supaya tidak melihat perarakan mayat-mayat, Mereka mahu mengambilalih kuasa atas kematian pelajar-pelajar, tetapi saya tidak membenarkannya. Saya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu artikel dalam portal berita India, Economic Times.

Pulau Saint Martin,Bangladesh

 

“Saya boleh kekal berkuasa jika menyerahkan kedaulatan Pulau Saint Martin dan membenarkan Amerika Syarikat berkuasa di Teluk Bengal. Tolong jangan dimanipulasi oleh radikal. Mungkin jika terus berada di negara, lebih ramai akan kehilangan nyawa. Saya meninggalkan negara. Anda adalah kekuatan saya, anda tidak mahukan saya, jadi saya  meninggalkan negara,” katanya.

Pulau Saint Martin itu adalah pulau batu karang yang kecil, kira-kira 9km di selatan darpada kawasan paling hujung Bangladesh iaitu Cox-Bazar Teknaf berhampiran dengan Myanmar.

Pulau itu hanya memiliki keluasan tiga kilometer persegi dan diduduki oleh 3,700 penduduk yang kebanyakkannya terlibat dengan aktiviti penangkapan ikan dan pelbagai lagi kegiatan ekonomi tempatan.

Pulau Saint Martin itu mendapat perhatian baru-baru ini, dengan dakwaan bahawa Bangladesh Nationalist Party (BNP) yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Khaleda Zia mahu menjual pulau kecil itu kepada Amerika Syarikat bagi membolehkannya mendirikan pangkalan tentera.

Bagaimanapun dakwaan-dakwaan itu telah ditolak oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang menekankan ia menghormati kedaulatan negara itu dan berusaha mempromosikan  

Kedudukan Pulau Saint Martin

 

Sheikh Hasina meletak jawatan selepas protes antikerajaan berlarutan selama sebulan dan merebak ke seluruh negara sehingga memaksa pemimpin berusia 76 tahun itu menamatkan pengaruhnya selama lebih dua dekad.

Kuasa rakyat yang membawa kepada peletakan jawatan Sheikh Hasina bermula daripada protes pelajar universiti yang membantah kuota satu pertiga jawatan dalam perkhidmatan awam diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan Bangladesh.

Kira-kira 300 orang terbunuh sejak protes antikerajaan tercetus sebulan lalu kerana membantah sistem kuota itu

Beberapa jam selepas peletakan jawatan Sheikh Hasina, Pre­siden Mohammed Shahabuddin mengarahkan pembebasan bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia, 78, yang sebelum ini dipenjara 17 tahun pada 2018 atas kesalahan ra­suah. — DSA

 

BangladeshfeaturedPulau Saint MartinSheikh Hasina
Comments (0)
Add Comment