[VIDEO] Enam Raifal AK-74 Diikat Untuk Jadikannya Sistem “Pembunuh Dron” Terbaru Ukraine

Dalam satu langkah terbaru untuk menangani dron-dron berani mati Russia, video yang tersebar meluas di media sosial menunjukkan anggota tentera Ukraine telah “mengikat” enam pucuk raifal AK-74 pada peralatan khas dan menjadikannya "sistem pembunuh dron."

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota tentera Ukraine terpaksa meningkatkan daya kreativiti mereka mencari jalan terbaik dalam percubaan untuk menembak jatuh dron-dron berani mati (loitering munitions) yang dilancar oleh tentera Russia terhadap kedudukan mereka.

Dalam satu langkah terbaru untuk menangani dron-dron berani mati Russia, video yang tersebar meluas di media sosial menunjukkan anggota tentera Ukraine telah “mengikat” enam pucuk raifal AK-74 pada peralatan khas dan menjadikannya “sistem pembunuh dron.”

Keenam-enam senjata api itu akan melepaskan tembakan serentak oleh seorang operatornya terhadap arah dron terbabit, dengan hanya menggunakan iron sights pada senjata berkenaan.

Ia adalah satu lagi cara tidak konvensional yang digunakan oleh anggota tentera kedua-dua pihak dalam menangani ancaman yang dihadapi mereka.

Dalam video yang tersebar di media sosial itu, operator alat khas “pembunuh dron” yang merupakan anggota tentera Ukraine dilihat telah melepaskan beberapa das tembakan terhadap dua dron yang sedang melintas di arah mereka.

Namun, daripada video terbabit, operator dengan alatan khas itu gagal menembak jatuh dron tentera Russia itu.

@defencesecurityasia

Layari https://defencesecurityasia.com

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

 

Mula diperkenalkan pada tahun-tahun 1970-an sebagai penggantikan kepada raifal AK-47 (yang mula diperkenalkan pada akhir 1940-an), raifal AK-74 merupakan antara senjata api utama yang digunakan oleh anggota tentera Ukraine.

Berada di sebelah operator alatan khas “pembunuh dron” itu di dalam video itu adalah seorang anggota tentera Ukraine yang dilihat mengoperasikan mesingan Degtyaryov DP-27, yang merupakan senjatapi yang digunakan sebelum Perang Dunia kedua lagi tetapi masih digunakan oleh Ukraine.

Dalam video itu, anggota tentera Ukraine menggunakan mesingan DP-27 itu dengan bantuan tripod dalam cubaannya untuk menembak jatuh dron Russia itu.

AK-74
Senapang anti-dron tentera Ukraine.

 

Walaupun alatan khas itu nampaknya agak primitif bagi menangani dron-dron Russia itu, tetapi tentera Ukraine sebenarnya dilengkapi dengan pelbagai sistem pertahanan moden bertujuan menangani ancaman terbabit.

Ia termasuklah sistem peluru berpandu lancaran bahu (Man Portable Air Defence System – MANPADS), senapang anti-drone dan lain-lain.

Namun, kehadiran sistem dan senjata anti-drone moden itu tidak menghalang tentera Ukraine sama ada regular atau sukarela untuk bereksperimen dengan kreativiti masing-masing dalam membangunkan peralatan khas daripada bengkel-bengkel belakang rumah mereka dalam cubaan memaksa pengunduran tentera Russia. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AK-74Anti-DronfeaturedRussiaUkraine