Usaha Modenisasi ACV 300 Adnan Milik Tentera Darat Bakal Bermula?

Harap-harap usaha permodenan kenderaan berperisai ACV 300 Adnan dan K-200 MIFV itu akan dapat dilaksanakan tahun ini,memandangkan ia telah pun berusia lebih daripada 20 tahun dan amat memerlukan “a new lease of life” bagi memastikan ia terus berkhidmat sehingga tahun 2035.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bertempat di Pusat Operasi Tentera Darat, Wisma Pertahanan semalam,  Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah mengadakan webinar bertajuk “Modenisasi Kenderaan Perisai ACV 300 Adnan”.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun media sosial Tentera Darat, tujuan webinar ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai teknologi dan kaedah program modenisasi khususnya bagi kenderaan perisai ACV 300 Adnan.

Selain turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jeneral Datuk Pahlawan Mohamad Ab Rahman dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat, webinar itu turut dihadiri oleh wakil syarikat FNSS Savunma Sistemleri A.Ş. Tolga Sipahi dan pegawai-pegawai syarikat lain secara online.

Sebagaimana yang kita tahu, syarikat FNSS daripada Turki bersama-sama syarikat tempatan, Deftech merupakan pihak bertanggungjawab membangunkan kenderaan berperisai ACV 300 Adnan (dalam pelbagai varian) yang mengambil nama sempena Allahyarham Lt Adnan Saidi.

Webinar itu berkemungkinan menandakan bahawa usaha tentera darat untuk menaiktaraf 267 buah kenderaan berperisai ACV 300 Adnan sememangnya akan dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bermula tahun ini.

Webinar mengenai modenisasi kenderaan perisai ACV 300. (kredit Tentera Darat)

 

Kemungkinan peruntukan untuk usaha modenisasi itu telah pun diperolehi dibawah RMK12 dan apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah melaksanakan projek itu jaya.

Harap-harap usaha permodenan kenderaan berperisai ACV 300 Adnan itu akan dapat dilaksanakan tahun ini,memandangkan ia telah pun berusia lebih daripada 20 tahun dan amat memerlukan “a new lease of life” bagi memastikan ia terus berkhidmat sehingga tahun 2035.

Setakat ini tiada maklumat tentang bagaimana kerja-kerja modenisasi ACV 300 itu dan juga K-200 MIFV  akan dilakukan dan melibatkan bahagian mana, tetapi Tentera Darat mengadakan perbincangan dengan FNSS itu merupakan petanda yang amat baik bahawa projek pemodenan itu berkemungkinan akan dilaksanakan.

kredit Tentera Darat
Kenderaan perisai “ZMA” oleh FNSS yang merupakan kenderaan perisai dinaiktaraf daripada ACV 300. (kredit FNSS)

 

Sebagaimana laporan sebelum ini, Tentera Darat sememangnya mahu menaiktaraf kedua-dua kenderaan perisai iaitu ACV 300 dan MIFV buatan Korea Selatan supaya ia dapat diselaraskan (standardisation) bagi mengurangkan kompleksiti aspek lojistiknya memandangkan kedua-dua kenderaan itu dioperasikan oleh dua unit yang berlainan.

Kurangkan aspek lojistik, maka kuranglah kos penyelenggarannya.

Webinar semalam itu turut menyentuh mengenai sistem persenjataan generasi baru dan teknologi kenderaan darat tanpa pemandu (UGV.)

Tentera Darat memiliki 111 buah kenderaan perisai K-200 MIFV yang mula diperolehi dalam beberapa peringkat bagi membantu operasi tentera kita di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah bergolak, Bosnia-Herzegovina. –DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

ACV 300AdnanfeaturedFNSSTDM
Comments (0)
Add Comment