A400M TUDM Kini Mampu Gugurkan Anggota Para, Terbang Rendah

Selepas peningkatan kemampuan, pesawat A400M TUDM itu kini mampu melaksanakan misi-misi dan tugasan yang baharu termasuk kerahan anggota payung terjun dan penerbangan aras rendah.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini sudah mampu untuk melaksanakan tugas dan misi-misi baharu lebih mencabar seperti mengugurkan anggota payung terjun dan melakukan penerbangan aras rendah selepas ia selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan.

Sebuah pesawat pengangkut A400M TUDM telah pun selesai menjalani kerja-kerja peningkatan kemampuan itu dan telah pun “dipulangkan” semula kepada TUDM baru-baru ini.

Kerja-kerja peningkatan kemampuan pesawat pengangkut A400M TUDM itu telah dilakukan di kemudahan Airbus di Sevilla, Sepanyol.

Syarikat Airbus yang membangunkan pesawat pengangkut itu dalam satu kenyataan berkata, selepas kerja-kerja peningkatan kemampuan itu, pesawat A400M TUDM itu kini mampu melaksanakan misi-misi dan tugasan yang baharu termasuk penghantaran bekalan udara, kerahan anggota payung terjun.

Mula berkhidmat dengan TUDM pada 2015, pesawat A400M telah mengubah operasi pengangkut udara penggunanya dengan memainkan peranan dalam perlaksanaan misi termasuk pengangkutan kargo dan anggota, misi kemanusiaan serta bencana dan pengangkutan peralatan berat,

Pesawat A400M itu juga memainkan peranan dalam strategi menangani pandemic COVID-19, pengangkutan perubatan selain operasi pengisian minyak udara-ke-udara.

Pesawat pengangkut A400M TUDM

 

TUDM merupakan pelanggan eksport pesawat pengangkut A400M yang pertama serta pelanggan A400M pertama di rantau Asia Pasifik.

Dengan jumlah penerbangan pesawat-pesawat pengangkut A400M TUDM telah mencecah 10,000 jam,  TUDM juga merupakan pendahulu dikalangan pengguna yang lain daripada segi jumlah jam penerbangan.

Menurut laporan media sebelum ini, sebuah pesawat pengangkut A400 mampu mengugurkan kira-kira 116 orang anggota payung terjun menerusi kedua-dua pintunya di kedua-dua belah pesawat itu.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Bagi penerbangan aras rendah pula (Automatic Low Level Flight) pesawat A400 dilaporkan boleh terbang kira-kira 500 kaki daripada aras tanah.

Selain TUDM, Indonesia juga baharu memesan dua buah pesawat A400 bagi menjadikan negara itu sebagai negara ke-10 yang menggunakan pesawat itu dan negara eksport ketiganya.

Indonesia akan menggunakan pesawat A400 itu sebagai pesawat pengangkut dan pesawat tangki.

Sebagai Fleet Leader, pesawat-pesawat A400M TUDM sering dirujuk dikalangan pengguna-pengguna pesawat pengangkut A400M. 

TUDM memiliki empat buah pesawat pengangkut A400M.

 Malaysia mula menggunakan empat buah pesawat A400M Atlas yang mula diterimanya pada tahun 2015, dengan No 22 Skuadron mengoperasikannya. — DSA

 

 

A400MfeaturedPayung TerjungTUDM