UCAV “Bayraktar TB2″Turki Telah Mencapai 300,000 Jam Penerbangan

Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) "Bayraktar TB2" kini amat dikenali diseluruh dunia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Pesawat bersenjata tanpa pemandu (UCAV) digeruni Turki, “Bayraktar TB2” telah mencapai 300,000 jam penerbangan, menjadikan ia dron buatan tempatan yang paling banyak terbang di dalam sejarah negara Mediterranean itu.

UCAV “Bayraktar TB2” dibangunkan oleh syarikat, Baykar.

Menurut Ketua Pegawai Teknologinya Selcuk Bayraktar, UAV itu telah dan bakal terlibat pelbagai misi seperti operasi rentas sempadan bagi menangani kegiatan pengganas di Syria seperti daripada Daesh dan PKK serta Operasi Euphrates Shield.

UAV kebanggaan Turki juga akan terlibat dengan Operasi Olive Branch, Operation Spring Field dan Operation Claw untuk membasmi kumpulan-kumpulan pengganas di Iraq, selain terbabit juga di dalam menyokong misi dan operasi tentera Turki di timur Laut Mediterranean. Bayraktar TB2 juga akan menyokong misi-misi kemanusiaan Turki.

Bayraktar TB2 mula memasuki perkhidmatan pasukan keselamatan Turki pada 2014, mula-mula sebagai UAV sebelum diintergrasikan dengan sistem persenjataan bagi menjadikannya UCAV.

Pada ketika ini, komponen tempatan Bayraktar TB telah mencapai 93 peratus dengan 160 buah daripada UCAV itu kini berkhidmat di empat buah negara iaitu, Turki, Qatar, Azerbaijan dan Ukraine.

Harap-harap Malaysia bakal mengikut jejak sebagai salah sebuah negara pengguna UCAV buatan syarikat Turki itu.

Pemerhati pertahanan menyifatkan Bayraktar TB sebagai “game-changer”, merujuk kepada kejayaan Turki menangani masalah keganasan di dalam tempoh yang lebih cepat serta kemalangan jiwa di kalangan pasukan keselamatannya berikutan penggunaan UCAV itu.

Dalam “Operation Olive Branch” di dalam Syria, ia terlibat dalam misi-misi memburu dan memusnahkan kedudukan dan aset-aset kumpulan pengganas PKK (Parti Pekerja Kurdishtan) dan Daesh.

Manakala bagi “Operation Spring Shield” juga di Syria,  pesawat UCAV Turki itu telah berjaya memusnahkan kereta-kereta perisai, sistem pertahanan udara dan multiple launcher rocket systems (MLRS) tentera Russia.

Bagi operasi di timur Laut Mediterranean, pesawa-pesawat UCAV Bayraktar TB2 mengiringi kapal-kapal mencarigali minyak Turki, “Fatih”dan “Yavuv” daripada gangguan pihak Greek.

UCAV Bayraktar TB2 berkemampuan membawa sehingga empat peluru berpandu MAM-C dan MAM-L buatan syarikat tempatan, Roketsan yang boleh mengenai sasaran dengan tepat kerana ia dipandu oleh sistem panduan laser.

Turki merupakan antara enam negara di dunia yang mampu menghasilkan pesawat tanpa pemandu dan sistem persenjataannya dalam negara.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Bayraktar TB2MAM-CMAM-LTurkiUCAV
Comments (0)
Add Comment