20 Rakyat Israel Ditangkap Kerana Bangunkan Peluru Berpandu Untuk Sebuah “Negara Asia”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa Israel menangkap 20 rakyatnya sendiri kerana dipercayai terlibat dalam membangunkan, membina dan menjual peluru berpandu kepada sebuah “negara Asia” yang tidak dinamakan.

Penangkapan terhadap 20 rakyat Israel itu dilakukan oleh agensi keselamatan dalam negerinya yang dikenali dengan nama “Shin Bet” dan Polis Israel.

Peralatan untuk melakukan ujian terhadap peluru berpandu yang sedang dibangunkan.

Kesemua 20 orang rakyat negara Yahudi itu ditahan dalam operasi yang berjalan selama berbulan-bulan lamanya, malah siasatan yang dijalankan oleh kedud-dua agensi keselamatan Israel menunjukkan ujian peluru berpandu itu telah dijalankan seawal 2019.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan Israel, antara yang ditangkap adalah pekerja-pekerja syarikat pertahanan yang menerima “bantuan kewangan yang besar” daripada negara Asia yang tidak dinamakan itu untuk melakukan apa yang diarahkan. Mereka turut menyembunyikan transaksi kewangan yang dijalankan dengan negara Asia terbabit.

Peralatan untuk melakukan ujian terhadap peluru berpandu yang sedang dibangunkan.

Segala aktiviti yang dijalankan untuk membangun, menguji dan membina peluru berpandu itu telah dijalankan secara rahsia.

Peluru berpandu itu turut dilengkapi dengan peledak.

Kesemua kegiatan itu nampaknya dibiayai oleh “negara Asia” yang tidak dinamakan itu.

Kenyataan oleh Shin Bet menyatakan bahawa tindakan oleh 20 individu itu menunjukkan bahaya yang mungkin dihadapi oleh Israel apabila melibatkan transaksi secara haram antara rakyat Israel dengan elemen asing  terutamanya membabitkan teknologi yang boleh membahayakan negara Yahudi itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

AsiaIsraelPeluru berpanduPolis IsraelShin Bet