[VIDEO] Raifal Buatan Tempatan Turki “MPT-76”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – MPT-76 adalah raifal kebangsaan Turki yang mula dibangunkan pada 2016 secara keseluruhannya oleh syarikat pertahanan tempatan, Mechanical and Chemical Industry Corporation (MKEK) dan ianya telah mula digunakan oleh anggota tentera negara itu.

Raifal berkaliber 7.62mm ini belum digunakan secara keseluruhan, memandangkan pengeluarannya masih lagi sedang berjalan.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Dianggarkan syarikat MKEK telah pun menghasilkan kira-kira 40,000 raifal MPT-76 setakat ini untuk kegunaan anggota tenteranya.

Walaupun usaha untuk memenuhi keperluan angkatan tentera Turki itu sedang berjalan, syarikat terbabit dengan kerjasama agensi pembangunan pertahanan negara dikenali dengan nama “SSB” (Presidency of Defense Industries) terus menambahbaik raifal itu. Kali ini mereka mengumumkan bahawa telah berjaya mengurangkan lagi berat keseluruhan raifal itu.

Unit kawalan keselamatan Presiden Turki dilengkapi dengan raifal tempatan MPT-76.

Pada mulanya, raifal tempatan itu memiliki berat 4.2kg tetapi syarikat telah mengurangkan lagi beratnya sebanyak 400gram kepada 3.75kg.

Versi Raifal yang lebih ringan ini dikenali dengan nama MPT-76H.

Raifal yang dibangunkan oleh jurutera-jurutera tempatan Turki tanpa pembabitan pihak asing boleh menembak sejauh 600 meter telah direkabentuk untuk menepati semua spesifikasi yang ditetapkan oleh NATO.

Ia juga telah melepasi sebanyak 42 ujian.

Raifal kebangsaan Turki ini boleh beroperasi pada suhu  -40°C dan 65°C serta dalam dalam air serta lumpur tanpa mengalami malfunction.

MPT-76 menggunakan peluru NATO berkaliber 7.62×51 mm dengan jarak effektif sejauh 600 meter, jangka hayat barrel sebanyak 12 ribu tembakan dengan kadar tembak sebanyak 650 tembakan satu minit.

 

Anggota pasukan khas Turki bersama raifal tempatan MPT-76.
Anggota komando Turki dengan raifal MPT-76.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

MKEKMPT-76RaifalSSBTurki
Comments (0)
Add Comment