[VIDEO] Pakistan Lancar Peluru Berpandu “Shaheen-3”, Jarak 2750km

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa jam sebelum Jo Biden dan Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat, tentera Pakistan telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu jarak sederhana “Shaheen-3”.

Peluru berpandu jarak sederhana “Shaheen-3” untuk mempunyai kemampuan membedil sasaran sejauh 2750km.

Menurut tentera Pakistan yang mengeluarkan kenyataan tentang ujian pelancaran itu hari ini, pelancaran “Shaheen-3” itu adalah untuk mengesahkan pelbagai rekabentuk dan kemampuan teknologi sistem peluru berpandu darat ke darat itu.

Dengan jarak sejauh 2750km, peluru berpandu darat ke darat “Shaheen-3” itu boleh membedil mana-mana sasaran di dalam India, sekaligus memastikan penggunaannya oleh tentera Pakistan sekirannya konflik bersenjata terjadi Antara kedua-dua berjiran yang turut memiliki senjata nuklear. “Shaheen-3” boleh dilengkapkan dengan peledak konvensional dan nuclear.

Peluru berpandu “Shaheen-3” mempunyai jarak sasaran sejauh 2750km.

Peluru berpandu “Shaheen-3” yang ditembak hari ini telah jatuh di Lautan Hindi.

Peluru berpandu ini yang dibangunkan sendiri oleh Pakistan adalah peluru berpandu paling jauh yang dimiliki oleh negara Asia Selatan itu. Kali pertama ia dilancarkan adalah pada 2015 menggunakan kenderaan pelancar (Transporter Erector Launcher) buatan China.

— DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaIndiaPakistanPeluru berpanduShaheen-3