[VIDEO] Menjadi Anggota Bomba Di Republik Yakutia, Russia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kali ini artikel langsung langsung tidak menyentuh tentang isu pertahanan dan keselamatan tetapi lebih kepada cabaran yang dihadapi oleh anggota bomba di sebuah wilayah terpencil di Russia yang cuacanya adalah yang terlampau sejuk.

Menjadi anggota bomba di Republik Yakutia, Kesatuan Russia adalah antara pekerjaan yang amat mencabar, terutamanya apabila mereka terpaksa bertugas di dalam cuaca sejuk sehingga mencecah -70 darjah Celcius.

Bayangkan, memadam kebakaran dalam keadaan cuaca yang telalu sejuk sehinggakan pakaian dan peralatan menyelamat beku, sebagaimana yang dipaparkan oleh visual pendek yang dipaparkan menerusi laman Twitter “Life Shot”.

Dalam keadaan yang terlalu sejuk, anggota bomba di republik itu yang terletak kira-kira 450km di selatan Garisan Artik itu perlu memastikan mereka tidak berada terlalu lama di luar memandangkan cuaca yang terlalu sejuk itu boleh membunuh, walaupun mereka sedang berhadapan dengan api yang marak.

Cuaca sejuk yang melampau di Yakutsk.
Dalam musim sejuk, penduduk langsung tidak dapat melihat matahari.
Rekod paling sejuk di Yakutsk adalah 71.2 celsius.
Kedudukan Republik Yakutia.

Republik Yakutia ini adalah wilayah paling luas di dalam Kesatuan Russia dan bandarnya, Yakutsk diiktiraf sebagai bandar kedua tersejuk di dunia selepas bandar Norilsk, walaupun di dalam musim sejuk bandar Yakutsk adalah paling sejuk di dunia.

Cuaca paling sejuk yang pernah dicatat Yakutsk adalah -71 darjah Celcius.

Pada bulan ini sahaja, cuaca di Republik Yakutia adalah di antara -40 Celcius hingga -50 Celcius dan cuaca sejuk itu dijangka berterusan selama satu bulan.

Walaupun cuaca di Republik Yakutia ini amat sejuk dan ekstrim, tetapi ia adalah antara wilayah yang paling kaya di Russia dengan limpahan kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas serta pelbagai logam lain seperti tungsten, emas dan uranium.

Hampir 99 peratus daripada keseluruhan pengeluaran berlian di Russia datang daripada Republik Yakutia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

71.2 CelciusRepublik YakutiaRussiaSejukYakutsk