Syarikat Russia Bangunkan Sniper Rifle Mampu Bidik Sasaran 7 KM

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana artikel yang admin pernah tulis sebelum ini, syarikat Lobaev Arms daripada Russia diketahui telah membangunkan senapang penembak tepat (sniper rifle) yang mampu menembak sasaran sejauh 4.2km dipanggil “SLVK-14 Sumrak”.

Tanpa diketahui, rupa-rupanya syarikat Lobaev Arms yang berpengkalan di pekan Tarusa sejak pertengahan tahun lepas sedang di dalam proses untuk membangunkan sniper rifle yang mampu menembak sasaran lebih jauh iaitu sehingga di antara 6km hingga 7km.

“Sumrak” yang mampu membidik sasaran sejauh 4.2km.

Sniper rifle itu akan dikenali dengan nama “DXL-5”.

Menurut ketua jurutera di syarikat Lobaev Arms, Yuri Sinichkin, walaupun “SLVK-14 Sumrak” dianggap seperti Ferrari atau Porsche dikalangan penggunanya terutamanya peminat-peminat sukan menembak dan memburu, tetapi pelurunya yang menggunakan katrij 10.3x77mm hanya mampu mencapai kelajuan 900 meter per-saat.

Salah satu keluaran syarikat Lobaev Arms, “DXL-4 Sevastopol” yang mampu membidik sasaran sejauh 2.5km

Walaupun mencapai kelajuan 900 meter per-saat, tetapi ia masih tidak memuaskan hati perekabentuk di Lobaev Arms yang mahu satu peluru baru yang dicipta khusus untuk kegunaan sniper rifle “DXL-5” yang mencapai kelajuan lima atau enam kali lebih laju daripada kelajuan bunyi sehingga 1,500 meter per-saat.

Bukan setakat peluru khas yang dikatakan “hypersonic untuk “DXL-5”, tetapi sistem optik senapang itu juga perlu menerima anjakan bagi membolehkan senjata membidik sasaran pada kedudukan 7km dengan berkesan.

Dengan 1,500 meter per-saat, untuk mencapai jarak sasaran di antara 6-7km, “DXL-5” hanya memerlukan kira-kira empat saat untuk membunuh mangsanya.

“Dengan kelajuan sebegitu, peluru DXL-5 itu mampu menembusi besi setebal 3cm. Bayangkan bagaimana peluru itu mengenai badan manusia, walaupun mereka memakai jaket kalis peluru,” kata jurutera itu.

Peluru baru yang sedang dibangunkan oleh syarikat untuk senapang penembak tepat terbaru mereka itu, “DXL-5” mampu menewaskan jaket kalis peluru yang paling tebal (kelas enam protection).

Setakat ini tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh Lobaev Arms mengenai “DXL-5”, cuma ia berkata, berikutan masalah penyakit COVID-19 pembangunan senjata itu menghadapi masalah dengan ujian penembakan akan hanya dilakukan pada musim sejuk ini.

Walaupun begitu, syarikat menjanjikan sniper rifle DXL-5 itu mampu menembak sasaran sehingga 7km.

Lobaev Arms akan memanggil suatu jawatankuasa teknikal untuk menilai DXL-15 itu selepas sniper rifle itu selepas menjalani ujikaji.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

DXL-5Lobaev ArmsRussiaSniper RifleSumrak