China Mungkin Lakukan “Pembunuhan Beramai-Ramai” Di Xinjiang -Suruhanjaya AS

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah suruhanjaya berkecuali di Amerika Syarikat yang dipanggil “Congressional Executive Commission on China (CECC)” atau “Suruhanjaya Eksekutif Kongres Tentang China” mengatakan China berkemungkinan telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Uighur dan lain-lain minoriti Islam di Xinjiang.

Ini adalah satu tuduhan yang berat terhadap China, yang berkali-kali menafikan tuduhan masyarkat antarabangsa tentang layanannya terhadap etnik Uighur, mendakwa ia adalah suatu “pembohongan” oleh masyarakat Barat.

Salah sebuah “pusat vokasional” untuk menahan etnik Uighur di China.

CECC itu adalah satu suruhanjaya berkecuali yang bernaung di bawah Kongres Amerika Syarikat.

Suruhanjaya itu mengatakan pelbagai bukti semenjak tahun lepas tentang tindakan China melakukan jenayah kemanusiaan dan kemungkinan pembunuhan beramai-ramai di Xinjiang. Ia juga mendakwa Beijing sebagai menganggu etnik Uighur yang tinggal di Amerika Syarikat. Negara komunis itu didakwa membina pusat-pusat tahanan etnik Uighur di Xinjiang yang dinamakan “pusat vokasional” kononnya untuk memberi pengetahuan baru tentang kemahiran vokasional.

Demonstrarsi oleh wanita Uighur yang tinggal di luar negara tentang kewujudan “pusat-pusat vokasional.”

Sebenarnya “pusat vokasional” itu bertujuan menahan etnik Uighur yang disyaki terlibat dengan kegiatan ekstemisme.

Laporan oleh Suruhanjaya Kongres Amerika Syarikat ini adalah selari dengan dakwaan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa kira-kira 1 juta etnik Uighur kini ditahan di “pusat-pusat vokasional” ini.

Seperti biasa, kerajaan China telah menafikan kenyataan oleh suruhanjaya ini sambil mengatakan ia sengaja membuat “pelbagai pembohongan” untuk memburuk-burukkan China.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatChinaSuruhanjayaUighurXinjiang
Comments (0)
Add Comment