Siapa Pilihan Anda, “Pak Long Mail” Atau Hishammuddin Hussein Sebagai TPM?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika spekulasi sedang bertiup kencang dalam negara mengatakan kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN) bakal melantik seorang timbalan perdana menteri.

Dan nama-nama yang sedang hangat diperkatakan bakal mengisi kekosongan itu adalah – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Menteri Pertahanan dan satu lagi nama adalah Menteri Luar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pak Long Mail” ketika melawat pos ATM di sempadan.

Ismail Sabri atau mesra dipanggil “Pak Long Mail” merupakan anggota parlimen di Bera manakala Hishammuddin (setakat ini tak panggilan mesra) adalah anggota parlimen Semberong di Johor.

Kedua-dua mereka adalah anggota politik kanan di dalam parti UMNO – Ismail Sabri merupakan Naib Presiden UMNO manakala Hishammuddin yang kini tidak memegang apa-apa jawatan penting di dalam UMNO ketika ini tetapi merupakan bekas naib presiden parti itu, pada penggal pemilihan yang terdahulu.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Posting ini bukan political in nature, tetapi admin just ini bertanyakan pendapat kepada sahabat-sahabat Defence Security Asia, siapakah pilihan anda sebagai Timbalan Perdana Menteri negara yang bertuah ini dan baik untuk keselamatan/pertahanan?

Kita lihat prestasi kerja mereka sejak dilantik sebagai Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Luar dan buat keputusan siapakah yang layak?

Di antara Pak Long Mail dan Hishammuddin Hussein, siapakah yang akan memacu sektor pertahanan dan keselamatan negara ke depan, memelihara kedaulatan negara daripada sebarang ancaman dalam dan luar negara?

— DEFENCE SECURITY ASIA

Hishammuddin HusseinIsmail SabriPak Long MailPerikatan NasionalTimbalan Perdana MenteriUMNO
Comments (0)
Add Comment