USS America (LHA-6) “Asah Taring” Di Laut Filipina

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, kapal amphibious assault ship Tentera Laut Amerika Syarikat USS America (LHA-6) sedang berada di Laut Filipina bagi mengadakan tugas rutinnya untuk memastikan perairan di Pasifik bebas daripada sebarang “gangguan” daripada mana-mana pihak.

Washington telah menyatakan komitmennya untuk memastikan perairan serta ruang udara di Pasifik terutamanya Laut China Selatan sentiasa bebas untuk kegiatan perdagangan dan komersial oleh semua negara.

Tidak ada negara boleh menyekat penggunaan perairan di Pasifik dan amaran ini jelas ditujukan oleh China yang menuntut hampir keseluruhan keluasan Laut China Selatan sebagai hak miliknya, berdasarkan faktor sejarah tetapi ia tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Setiap tahun di antara US$3 trillion hingga US$4 trillion nilai perdagangan dunia menggunakan Laut China Selatan sebagai laluan perdagangan mereka, sekaligus menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana negara yang menguasai perairan penting itu bermakna ia juga adalah pemilik kepada “nadi” perdagangan dunia.

Sebarang aktiviti ketenteraan di perairan di Pasifik terutamanya Laut China Selatan dilihat dengan penuh syak-wasangka oleh pihak-pihak bermusuhan.

Tentera Laut Amerika Syarikat menerusi bahagian perhubungan awamnya telah mengeluarkan siaran akhbar tentang aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak kapal USS America.

Kapal yang memiliki berat 45,000 tan itu berfungsi sebagai flagship kepada mana-mana expeditionary strike group kerana ia juga membawa unit perintis anggota tentera Marin Amerika Syarikat.

Kapal itu turut membawa kira-kira 20 buah pesawat pejuang F-35B Lightning, 12 buah pesawat pengangkut Osprey, helikopter pengangkut berat CH-53K dan helikopter penyerang AH-1Z bertujuan memudahkan misi perintis (expeditionary) anggota Marin nanti.

Kehadiran USS America bernilai US$3.4 bilion ini turut diiringi oleh kapal-kapal pengiringnya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

F-35B LightingLaut FilipinaMarinesUSS America
Comments (0)
Add Comment