[VIDEO] “Black Hornet”, Micro UAV “Tebuan Hitam”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) memang tidak dinafikan adalah komponen yang amat penting dalam medan peperangan and mana-mana angkatan tentera perlu memiliki aset berharga itu.

Memang di Defence Security Asia, kita banyak berbincang tentang UAV dan hari ini kita lihat sistem micro UAV pula iaitu daripada jenis “PD-100 Black Hornet”, sebuah sistem micro UAV yang saiznya adalah bersamaan dengan seekor burung/Tebuan yang kecil.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Dua tiga hari lepas, admin terlihat dalam posting media sosial tentang aksi dua anggota polis negara jiran sedang mengoperasikan sistem micro UAV “Black Hornet” (Tebuan Hitam), yang dibangunkan oleh syarikat FLIR Systems.

Rupa-rupanya hasil penyelidikan ringkas, gambar itu sudah berusia dua tahun bermakna negara jiran kita itu, Indonesia telah pun menggunakan sistem micro UAV terbabit sejak beberapa tahun lepas, kemungkinan besar oleh unit-unit pasukan khusus Polis Republik Indonesia (POLRI) seperti “Gegana” yang terlibat dalam misi khas seperti anti-terroris serta perisikan dan “Pelopor” yang terlibat dalam misi-misi seperti kawalan rusuhan, SAR dan operasi gerila.

Memandangkan saiznya yang amat kecil, maka sistem micro UAV “Black Hornet” itu amat sesuai untuk misi-misi operasi khas seperti di kawasan Build-Up Areas (OBUA).

Selain unit-unit khas di dalam POLRI yang menggunakan sistem micro UAV, tidak ada maklumat sama ada unit-unit khas lain di dalam Tentera Nasional Indonesia (TNI) seperti Kopassus atau Densus 88 turut menggunakan “Black Hornet.”

Sama juga seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau PDRM, tidak ada maklumat mereka merupakan pengguna “Black Hornet.”

Sebenarnya sistem micro UAV “Black Hornet” ini telah dibangunkan oleh syarikat Prox Dynamics (sebelum syarikat diambilalih oleh FLIR Systems) sejak 2008 sebelum memasuki produksi pada 2012.

Antara pengguna pertama sistem ini adalah Kementerian Pertahanan United Kingdom yang membelanjakan 31 juta pound untuk mendapatkan 160 buah “Tebuan Hitam” yang akhirnya digunakan dalam operasi tentera British di Afghanistan.

Sejak akhir tahun lepas, tentera Amerika Syarikat juga menggunakan sistem “ Black Hornet 3” untuk unit-unit tenteranya di peringkat platun.

Bagi varian sistem “Black Hornet” yang awal, “Tebuan Hitam”” hanya memiliki berat 16 gram dan boleh terbang sejauh 1000 meter (1km) serta selama 25 minit untuk menyalurkan gambar secara moving images dan still images.

Manakala bagi varian terkini seperti “Black Hornet PRS (Personal Reconaissance System)”, beratnya sudah bertambah kepada 18 gram tetapi ia mampu terbang sejauh 2,000 meter (2km) dan berada di udara selama lebih 30 minit untuk menyalur imej bergerak atau still secara High Definition (HD).

— DEFENCE SECURITY ASIA

Black HornetMicro UAVPOLRITebuan HitamTNI