“Sumrak” Sniper Rifle, Mampu Menembak Sasaran Sejauh 4km

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lobaev Arms merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di pekan Tarusa berhampiran Moscow yang menghasilkan raifal penembak tepat dinamakan “SLVK-14S Sumrak” (Twilight).

“Sumrak” dikatakan adalah satu-satunya raifal penembak tepat yang mampu melakukan tembakan sehingga 4km, suatu rekod dunia sekaligus menjadikan ia sniper rifle paling berkuasa di dunia.

Walaupun begitu, mengikut syarikat yang membuatnya, raifal penembak tepat itu bukan direkabentuk untuk kegunaan pasukan-pasukan tentera tetapi ia adalah untuk sukan (extreme sports) seperti pemburuan dan lain-lain.

“Ia bukanlah sniper rifle untuk digunakan di Syria atau mana-mana kawasan konflik,” kata designer “Sumrak” Yuri Sinichkin. Direkabentuk untuk menembak peluru kaliber 10.33mm, sebelum “Sumrak” berjaya menembak sehingga ke sasaran sejauh 4km ia telah pun mencipta rekod dunia apabila menembak sasaran pada kejauhan 2.5km manakala kemampuannya untuk melihat sasaran sasaran adalah pada 4.2km.

So, 4km itu adalah rekod dunia baru manakala 2.5km adalah rekod dunia lama.

Dianggarkan bernilai US$37,000 (RM148,000) untuk memiliki selaras “Sumrak”, raifal penembak tepat itu juga tidak memiliki sebarang magazine. Peluru perlu dimasukkan ke dalam senjata sebelum menembaknya.

Mengenai kemampuannya selain keupayaan untuk menembak sasaran sejauh 4km, peluru kaliber 10.33mm yang dilepaskan oleh “Sumrak” mampu menembusi besi setebal 3 cm.

“Tiada jaket kalis peluru mampu menyelamatkan mangsa yang ditembak oleh “Sumrak,” kata pereka senjata itu.

Berat “Sumrak” dianggarkan sekitar 10kg dan jika termasuk peralatan optik maka berat keseluruhannya akan mencecah sehingga 14kg, menjadikan ia peralatan yang amat berat untuk dibawa merentasi gunung-ganang atau hutan belantara.

Walaupun begitu, syarikat Lobaev Arms tidak sekadar berpuashati dengan pencapaian “Sumrak” menembak sejauh 4km kerana ia kini sedang berusaha merekabentuk sniper rifle baru yang mampu menembak sasaran sejauh di antara 6 hingga 7km.

Raifal penembak tepat yang mampu menembak sasaran sejauh 6-7km sudah semestinya adalah suatu rekod dunia yang baru.

Lobaev Arms memang syarikat yang khusus untuk membuat raifal penempat tepat di Russia untuk sukan hunting dll.

sumber: Russia Beyond

— DEFENCE SECURITY ASIA

4kmLobaev ArmsMoscowRekod DuniaSniper RifleSumrakTarusa
Comments (0)
Add Comment