(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak lama selepas insiden di mana empat penyamun telah ditembak mati oleh polis di Sungai Buloh Jumaat lepas, sebuah NGO sudah “menjerit” dan mendesak supaya dilakukan inkues (penyiasatan) untuk menyiasat kematian keempat-empat penjenayah itu.
NGO itu memanggil mereka “Malaysians Against Death Penalty and Torture” (Madpet).
MADPET dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal berita Bahasa Inggeris terkenal negara semalam meminta suatu siasatan bebas segera dilakukan untuk menentukan sama ada berlakunya salahguna (wrongdoing) dalam insiden itu.
“MADPET menggesa suatu siasatan bebas terhadap semua insiden tembak mati polis, yang perlu untuk menyelesaikan sebarang keraguan tentang kesalahan dan salahguna kuasa oleh polis. (MADPET demands speedy independent investigations and inquiries into all ‘police shot dead’ incidents, which is necessary to clear doubts about police wrongdoings and/or abuse of power.)
“Suatu inkues terbuka oleh pegawai perundangan perlu dilakukan untuk semua insiden tembakan polis. MADPET juga menggesa polis untuk menangkap suspek dan berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada membunuh mereka,” kata mereka dalam satu kenyataan semalam. (An open inquest by a judicial officer should also be held for all such police shooting incidents. Madpet also urges police to arrest suspects, and try their very best to avoid killing them) it said in a statement.
Sebagaimana dijangkakan, NGO ini juga mempersoalkan mengapa keempat-empat penyamun itu tidak ditangkap terlebih dahulu oleh polis memandang mereka ini dikatakan adalah geng penyamun bertopeng yang dicari-cari oleh polis sebelum ini.
MADPET juga berkata sama ada laporan polis bahawa keempat-empat yang terbunuh itu terlibat dengan 50 jenayah sebelum ini adalah suatu justifikasi disebalik kematian mereka.
Admin dah menjangkakan kenyataan sebegini akan muncul selepas kejadian di Sungai Buloh terutamanya oleh aktivis dan NGO hak asasi manusia yang beria-ia mahu memperjuangkan hak asasi “penjenayah” tetapi berdiam diri apabila anggota pasukan keselamatan pula menjadi mangsa penjenayah.
Dimana suara-suara aktivis dan NGO hak asasi manusia apabila anggota polis dan pasukan keselamatan lain pula menjadi mangsa?
Sekarang ini semakin menjadi-jadi pula suara aktivis hak asasi manusia ini, seolah-olah cuba menekan polis daripada melaksanakan tugas hakiki mereka iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam insiden di Sungai Buloh itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat dipetik sebagai berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Axia itu telah melanggar seorang penunggang motosikal yang juga pekerja penghantar makanan.
Kesemua suspek, menurut Fadzil, melarikan diri selepas melakukan jenayah samun di sebuah rumah.
Selepas insiden itu, polis menemui parang di dalam kereta dinaiki keempat-empat penjenayah itu serta barang-barang kemas hasil samunan penjenayah itu