Empat Penjenayah Ditembak Mati Di Sungai Buloh

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis menembak mati empat penjenayah ketika mereka melarikan diri selepas menyamun dan melanggar penghantar makanan dalam kejadian yang berlaku di Sungai Buloh, hari ini.

Dipetik oleh Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian samun itu mengejar kereta dinaiki suspek.

Dalam kejadian itu kereta dinaiki keempat-empat suspek turut melanggar dan mengilis penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta demi mempertahankan pasukan dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ia telah menyebabkan kereta dinaiki penjenayah itu terbabas dan hasil pemeriksaan lanjut oleh anggota polis mendapati keempat-empat individu di dalam kenderaan berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

PenjenayahPolisSungai BulohTembak Mati
Comments (0)
Add Comment