Kapal Perang China “Shadow” USS John McCain Di Spratly

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pemusnah (destroyer) tentera laut Amerika Syarikat “USS John McCain melakukan pelayaran FONOP (Freedom Of Naviagtion Operation) di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan hari ini selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Sepanjang pelayaran itu, USS John McCain telah diekori rapat (shadow) oleh sebuah kapal friget pelbagai guna tentera laut China, Type 054A.

Menurut tentera laut Amerika Syarikat, dakwaan pemilikan kawasan perairan di Laut China Selatan yang tidak selari dengan undang-undang mendatangkan kemudaratan terhadap kebebasan untuk menggunakan laut itu daripada segi pelayaran, penerbangan, ekonomi dan lain-lain lagi.

Sementara itu, tentera China di dalam satu kenyataan berkata, kapal perang telah berjaya “menghalau” USS John McCain selepas ia menceroboh kawasan perairan China berhampiran Pulau Nansha di Laut China Selatan. China memanggil Laut China Selatan sebagai Pulau Nansha.

Kapal perang Type 054A Tentera Laut China.

China membantah keras “pencerobohan” kapal perang China itu kerana beranggapan tindakan USS John McCain menjejaskan kestabilan dan kedamaian di rantau itu.

Beijing mendakwa keseluruhan Laut China Selatan termasuk perairan yang dimiliki oleh negara-negara littoral termasuk Malaysia sebagai hak mutlaknya sejak berkurun lamanya, tetapi dakwaan pemilikannya terhadap laut yang amat penting kepada perdagangan dunia itu tidak pernah diiktiraf oleh dunia.

Anak-anak kapal USS John McCain memerhati kapal perang China yang mengekorinya.

Setiap tahun, di antara US$3 trillion hingga US$4 trillion perdagangan dunia menggunakan Laut China Selatan.

Sebab itulah, sesiapa yang menguasai Laut China Selatan akan menguasai dunia.

China bimbang kepada lebih daripada 80 peratus perdagangannya adalah menggunakan Laut China Selatan.

USS John McCain.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaFONOPLaut China SelatanSpratlyType 054AUSS John McCain
Comments (0)
Add Comment