Sudah Tiba Masa, ATM Timbang Perolehi AV-TM300

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Tentera Darat telah melancarkan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II dalam Eksesais LEMBING SAKTI di Tanjung Hantu, Lumut.

Eksesais yang melibatkan 59 pegawai dan 382 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Markas Briged Roket, Rejimen 51 Artileri Diraja (51 RAD), 52 RAD dan 61 RAD.

Kenderaan pelancar sedang melancarkan peluru berpandu kruis AV-TM300. (foto internet)

Sistem SRLB ASTROS II diperoleh dari firma Avibras, Brazil dan telah ditauliahkan dalam Rejimen Artileri sejak tahun 2002 dengan kekuatan satu rejimen.

Dengan penambahan bilangan dengan pembentukan rejimen kedua SRLB ASTROS menjadikan jumlah sistem artileri roket berganda ini meningkat kepada 36 buah kenderaan. Sistem artileri ini memberikan TD keupayaan serangan strategik yang mampu menjangkau jarak dari sembilan kilometer (km) sehingga 90km dengan pelancar yang boleh menggunakan roket berkaliber pelbagai.

Peluru berpandu kruis AV-TM (foto internet)

Untuk meningkatkan lagi kemampuan persenjataan roket tentera darat Malaysia, bolehlah mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan untuk memperolehi peluru berpandu kruis terbaru keluaran syarikat pertahanan Brazil ini.

Avibras dikatakan telah membangunkan keupayaan melancarkan peluru berpandu jelajah pada sistem ASTROS 2020 dengan jangkauan jarak sehingga 300km.

Cuma admin berharap pihak tentera dara tidak hanya berpuashati dengan jarak 90km yang boleh dicapai oleh sistem roket ASTROS II dan cuba melangkah lebih jauh.

Tentera Darat boleh mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan untuk cuba mendapatkan peluru berpandu kruis AV-TM 300 yang sedang dibangunkan oleh AVIBRAS untuk sistem pelancar roket ASTROS 2020.

Dipanggil “Matador”,  ia adalah peluru berpandu Kruis yang lebih murah daripada segi kos berbanding Tomahawk.

 

Peluru berpandu AV-TM ini mampu membawa di antara 200kg hingga 500kg bahan peledak untuk membedil sasaran sehingga 300km jauh.

Dikatakan sistem peluru berpandu ini memiliki 30 meter ketepatan.

Kenderaan pelancar ASTROS II sedang melancarkan roket dalam latihan “Lembing Sakti” di Tanjung Hantu, Lumut semalam. (foto BTDM)

Selain itu juga dikatakan AVIBRAS juga sedang membangunkan AV-TM500, peluru berpandu kruis yang mampu membedil sasaran sejauh 500km.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

AvibrasBrazilMalaysiaTentera Darat